awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pulai: Calon PN tepis dakwaan gabungan itu hanya fokus di DUN Simpang Jeram

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
31/08/2023
07:45 MYT
PRK Pulai: Calon PN tepis dakwaan gabungan itu hanya fokus di DUN Simpang Jeram
Zulkifli (dua dari kiri) mendekati pengundi-pengundi di Parlimen Pulai. - Foto Facebook Zulkifli Jaafar
JOHOR BAHRU: Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar menegaskan tidak timbul isu bahawa gabungan itu hanya memberi fokus kepada kempen di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram berbanding di kerusi yang ditandinginya.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pulai itu berkata, gerak kerja jentera pilihan raya PN adalah seimbang di kedua-dua kerusi berkenaan.
Ini sekali gus menepis persepsi bahawa gabungan itu seolah-olah ‘tidak yakin’ untuk merampas kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September depan.
“Alhamdulillah pada saya sambutan sangat hangat sebab setiap tempat yang kita pergi semua mendapat sambutan (melibatkan semua pengundi) daripada pelbagai kaum.
“Sikit hambar itu saya rasa suara daripada belah sana (pihak lawan). Bagi kita tak ada (hambar).
“Kita ada banyak pasukan yang bergerak, kalau anda tengok sekarang ini kita buat ‘walkabout’ kan, tetapi banyak lagi pasukan (PN) yang bergerak sekarang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Merdeka Festival di Pasaraya Perling, di sini hari ini.
Begitupun, beliau tidak mahu terlalu yakin dan bergantung kepada ‘gelombang’.
Sementara itu, Zulkifli berkata beliau akan berusaha mengatasi isu peningkatan kos sara hidup yang menghimpit penduduk Parlimen Pulai, yang terletak di tengah bandar raya Johor Bahru.
“Perancangan awal saya (jika diberikan mandat) ialah akan melahirkan banyak usahawan atau pusat-pusat perniagaan untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
“Ini bagi membantu mereka supaya mereka (dapat menampung kenaikan) harga barang dan cuba bawa suara mereka ke Parlimen untuk menstabilkan semula harga,” ujarnya lagi.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan saingan tiga penjuru antara Zulkifli, calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, serta Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 September diikuti hari pengundian 9 September ini.
Topic Berkaitan
#PRK Parlimen Pulai
#Calon PN Parlimen Pulai
#Kempen hambar PRK Pulai
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan