JOHOR BAHRU: Demi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, seorang warga emas nekad 'lari' seketika dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.
Daud Ismail, 71, berkata walaupun pada awalnya niat itu dihalang petugas hospital, dia tetap bertegas untuk ke pusat pengundian Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal, yang terletak tidak sampai tiga kilometer dari hospital dengan dibantu anak angkatnya.
"Pagi tadi saya sudah bersiap untuk pergi mengundi, tetapi dilarang petugas hospital dengan alasan kurang sihat. Saya bertegas juga untuk keluar mengundi.
"Saya kata pada mereka, kalau tidak benarkan mengundi hospital kena keluarkan surat kerana mengundi itu hak saya. Jadi, saya tekad keluar dan minta anak angkat mengambil saya untuk bawa ke pusat mengundi," katanya kepada Bernama.
Dia yang mendapatkan rawatan di HSA sejak Isnin lepas kerana menghidap penyakit kencing manis, buah pinggang, jantung bengkak dan darah pekat, bersyukur kerana proses pengundian cepat dan tidak berdepan sebarang masalah.
Dia yang masuk ke bilik mengundi pada 10.29 pagi dengan berkerusi roda dan pakain hospital serta 'drip' di tangan, selesai melaksanakan tanggungjawab itu pada 10.31 pagi hasil bantuan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Saya sangat bersemangat untuk mengundi, tak kisah siapa yang saya undi, ini tanggungjawab saya kepada negara...rasa lega sangat bila dah selesai. Harapan saya sama seperti orang lain yang mahukan wakil rakyat yang betul-betul memperjuangkan hak rakyat.
"Saya tak nak memperjudikan nasib anak cucu saya. Nasihat saya pada orang muda, keluarlah mengundi jangan ambil mudah," katanya.
Sebanyak 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi PRK Parlimen Pulai yang diadakan serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang melibatkan 40,301 pengundi bagi memilih wakil rakyat baharu hari ini.
Kedua-dua PRK dilakukan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Daud Ismail, 71, berkata walaupun pada awalnya niat itu dihalang petugas hospital, dia tetap bertegas untuk ke pusat pengundian Sekolah Agama Bandar, Jalan Yahya Awal. - Gambar/ Bernama
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM78.7 bilion pada 2023 - DOSM
Pelancongan domestik di Malaysia mencatatkan prestasi memberangsangkan pada 2023 apabila merekodkan lonjakan dalam jumlah perbelanjaan.
Potret Winston Churchill yang dicuri dari hotel Kanada dijumpai di Itali
Sebuah potret bekas Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill yang dicuri dari sebuah hotel mewah di Ottawa, ditemukan di Itali dan akan dikembalikan akhir bulan ini.
'Jangan lupa jasa peneroka awal Felda' - PM Anwar
Jasa peneroka awal Felda jangan sesekali dilupakan kerana golongan itu merupakan pengasas tanah rancangan tersebut dan hasil usaha mereka, dinikmati generasi masa kini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Semua program DBKL guna penjenamaan 'Kreatif Kuala Lumpur'
Jelas Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, jika semua program menggunakan pelbagai penjenamaan kesannya tidak dapat menonjolnya kreatifnya bandar raya Kuala Lumpur.
AWANI Ringkas: Komitmen laksana MA63
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KLCCT - Beri nafas baharu pada bangunan lama sekitar KL
Jelas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif misi utama KLCCT adalah menggunakan seni dan budaya sebagai pemangkin untuk penjenamaan semula bandar raya Kuala Lumpur.
Francine landa selatan Louisiana
Taufan Francine melanda persisiran pantai di selatan Louisiana apabila hujan lebat melanda New Orleans pada Rabu.
Cederakan anak saudara, tertuduh kes bunuh ibu, bapa dipenjara sembilan tahun
Seorang penganggur yang dituduh membunuh ibu bapa serta anak saudaranya sebelum membakar kediaman mereka di sini Ogos lepas, dihukum penjara sembilan tahun.
Anwar mempengerusi mesyuarat MTPMA63 di Sabah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahi mmempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di Kota Kinabalu.
Elly maut akibat ditetak dan ditikam
Polis mengesahkan kematian bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40 tahun, disebabkan kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam selepas terbabit dalam pergaduhan.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu