awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari

Bernama
Bernama
02/07/2024
15:39 MYT
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Zambry berkata sepanjang tempoh berkempen, jentera BN tidak menggunakan pendekatan angkuh, melemparkan kebencian atau menceritakan perkara fitnah kepada pihak lawan. - Gambar fail/BERNAMA
KEPALA BATAS: Gabungan gerak kerja yang baik dan kempen menyeluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), memberi peluang cerah kepada kemenangan calon Kerajaan Perpaduan Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Sabtu ini.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata memasuki pusingan akhir kempen PRK itu minggu ini, jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
"PH dan BN masing-masing mempunyai pengalaman, strategi dan taktikal, jika digabungkan kedua-dua ini, kita berkeyakinan ia akan beri pulangan yang baik kepada Cikgu Joo (Joohari)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan BrachyAcademy, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Sungai Bakap berkata sepanjang tempoh berkempen, jentera BN tidak menggunakan pendekatan angkuh, melemparkan kebencian atau menceritakan perkara fitnah kepada pihak lawan.
"Sebaliknya kita gunakan sebaik-baiknya (dalam kempen) untuk menceritakan kepada rakyat kenapa perlu memilih calon Kerajaan Perpaduan, dan saya juga yakin pengundi di Sungai Bakap telah matang dan akan memilih calon terbaik iaitu Cikgu Joo untuk mewakili mereka nanti, yang merupakan anak tempatan dan mempunyai kualiti," katanya.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN) dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK itu, yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei, akibat keradangan dalam perut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding 22 Jun hingga 11.59 malam, Jumaat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK Sg Bakap
#Sungai Bakap
#gabungan gerak kerja PH-BN
#Zambry Abd Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan