POLITICS
PRK Sg Kandis sebagai medan ujian dan latihan kepada UMNO

"Keputusan untuk bertanding itu ada kelebihan dan kelemahannya. Tetapi bagi saya sebagai sebuah parti politik, ini adalah proses dan medan ujian bagi UMNO." kata Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, wajar dilihat sebagai satu medan ujian serta latihan kepada barisan kepimpinan UMNO yang baru dilantik.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata ia juga adalah proses untuk melihat sejauh mana jentera parti itu berupaya untuk bangkit semula dengan pendekatan kempen yang berbeza.
"Keputusan untuk bertanding itu ada kelebihan dan kelemahannya. Tetapi bagi saya sebagai sebuah parti politik, ini adalah proses dan medan ujian bagi UMNO.
"Kita boleh melihat sejauh mana jentera parti pasca PRU-14 yang lalu, benar-benar berkeupayaan untuk bangkit semula dalam perjuangannya.
"Bagi saya, ini bukan soal kemenangan atau kekalahan, tetapi yang menjadi percaturan lebih kepada sebagai medan ujian kepada kepimpinan UMNO yang baru dilantik oleh perwakilan," kata Asyraf dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Menurutnya, jika melihat kepada PRK itu kebarangkalian untuk PKR menang sangat tinggi kerana kekosongan berlaku adalah atas faktor kesihatan Shuhaimi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami