JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia mengatasi peratusan keluar mengundi, iaitu lebih 60 peratus yang direkodkan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lepas.
"Kita menjangkakan peratusan itu selepas melihat beberapa faktor, antaranya tanggungjawab yang perlu ditunaikan pengundi dan calon-calon yang sangat hebat dan bersemangat ketika berkempen," katanya ketika diminta mengulas mengenai peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK.
Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.
Justeru itu, Abdul Ghani menyeru agar semua pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan merancang perjalanan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Abdul Ghani berkata pengundi juga dinasihatkan supaya jangan sesekali menyerahkan kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali, selain daripada petugas SPR untuk tujuan semakan.
Sementara itu, katanya terdapat sebanyak 47 pusat mengundi membabitkan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala DUN Simpang Jeram sebanyak 14 pusat mengundi dengan 68 saluran, yang akan dibuka daripada pukul 8 pagi sehingga 6 petang.
Beliau berkata, kesemua persiapan di semua pusat mengundi sedang dilakukan, bagi memastikan kelancaran proses mengundi esok.
Di Muar, taklimat dan persiapan terakhir bagi PRK DUN Simpang Jeram giat diadakan di pusat penjumlahan undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.
Turut turun padang meninjau persiapan ialah Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom yang tiba kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata SPR telah menjalankan proses semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya bagi kegunaan pada hari mengundi esok.
Beliau berkata seramai 2,692 petugas akan bertugas bagi proses pengundian di semua pusat pengundian di Parlimen Pulai manakala 678 petugas bertanggungjawab di kesemua pusat mengundi di DUN Simpang Jeram.
Ikmalrudin juga mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada pukul 11.59 minit malam ini dan selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi di luar pusat mengundi dan juga melalui saluran media sosial.
Selain itu, semua pengundi, calon dan petugas yang ingin memasuki pusat mengundi pada hari mengundi dilarang memakai sebarang pakaian atau barangan yang mempunyai nama lambang simbol, gambar parti atau calon yang bertanding.
Mereka juga dilarang membawa apa-apa bahan kempen serta sebarang tagline atau slogan kempen yang menjurus atau membawa maksud sokongan atau cenderung kepada mana-mana fahaman politik.
"SPR berharap semua pihak mematuhi undang-undang, peraturan dan etika pilihan raya bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya serta tidak menggugat ketenteraman awam. Sebarang pelanggaran undang-undang yang berkaitan boleh dikenakan tindakan," katanya.
PRK Parlimen Pulai menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Abdul Ghani menyeru agar semua pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan merancang perjalanan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu. - Gambar fail
Bantuan awal persekolahan jadi sinar kehidupan pelajar B40
Ibu kepada empat orang anak menarik nafas lega apabila kesemua anaknya yang masih bersekolah mendapat Bantuan Awal Persekolahan (BAP) menerusi inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024. Hajibah Alan dapat memenuhi keperluan dua anak-anaknya yang masih bersekolah.
Unifil amat bimbang dengan keselamatan anggota
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan anggota-anggota pengamannya yang cedera akibat serangan Israel di selatan Lubnan. Majlis ini juga berkali-kali menyatakan pendirian agar kedamaian dan keselamatan dikembalikan di rantau itu dengan segera.
Perbicaraan Andrew dan Tristan Tate belum diputuskan
Dua pempengaruh media sosial terkenal, Andrew Tate dan adiknya Tristan Tate yang ditahan atas dakwaan jenayah penyeludupan manusia, merogol dan membentuk kumpulan jenayah terancang tampil buat pertama kali menantikan tarikh perbicaraan mereka yang sehingga kini belum ditentukan. Kedua-dua adik beradik ini tegas menafikan setiap pendakwaan yang dibuat terhadap mereka dan menyatakan bahawa mereka tidak wajar ditahan jika tiada bukti sahih yang menunjukkan mereka bersalah.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
Lelaki ditemui selepas 67 hari terapung di laut Okhotsk
Seorang lelaki yang terapung di tengah laut bersama dua jasad ahli keluarganya selama lebih dua bulan diselamatkan selepas ditemui oleh kapal nelayan. Kapal dikenali sebagai 'Angel' itu membawa pulang lelaki bernama Mikhail Pichugin berusia 46 tahun, dengan jasad abang dan anak buahnya yang masing-masing berusia 49 dan 15 tahun.
‘Goodbytz' guna robot sedia makanan buat staf hospital
Ramen, Gnocchi, Pho, Mee Udon, nasi goreng, pasta. Ada macam-macam makanan yang disediakan di hospital Universiti Tuebingen di Jerman. Namun, apa yang menarik? Makanan-makanan ini disediakan oleh robot sepenuhnya.
Lelaki lepaskan tembakan rambang di lebuhraya Tel Aviv
Seorang individu melepaskan tembakan rambang di lebuhraya selatan Tel Aviv, Israel membunuh anggota polis dan beberapa individu.
Israel 'tutup' Gaza, usir penduduk secara besar-besaran
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya Gaza Utara dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.
KPM beri guru, sekolah autonomi dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025 sebagai langkah penambahbaikan dan pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Pesawat A330NEO ditangguhkan, dijangka tiba akhir november 2024
Pada asalnya, pesawat itu dijadualkan untuk penghantaran pada September 2024, namun kini dijangka tiba pada akhir November 2024.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK Johor: Nazri mahu dekati anak muda, beri kesedaran kepentingan mengundi
Nazri Abdul Rahman daripada PH yang memenangi kerusi Dewan DUN Simpang Jeram semalam, bertekad mahu mendekati anak muda.
PRK Johor: Kemenangan PH-BN bukti keabsahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Kejayaan PH dan BN memenangi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram menjadi bukti Kerajaan Perpaduan diterima rakyat, kata Ahmad Zahid.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Johor: Kemenangan PH bukan undi simpati - Suhaizan
Suhaizan menegaskan ia sebuah kemenangan yang meyakinkan termasuk di kerusi Parlimen Pulai yang menyaksikan beliau memperoleh lebih 18,000 majoriti.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
PRK Simpang Jeram: Tidak mungkin saya menang tanpa kerjasama PH-BN - Nazri
Nazri berkata, ia sekali gus mematikan stigma kononnya kerjasama itu ditolak dan berlaku usaha untuk memboikot bagi memastikan kekalahan Kerajaan Perpaduan.
PRK: PH menang di DUN Simpang Jeram, jurutera pilihan pengundi
Pakatan Harapan (PH) berjaya meneruskan tampuk pimpinan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sekali gus melenyapkan stigma gelombang Perikatan Nasional (PN) di kawasan itu.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu