awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Ahli Lembaga MMM bantu perkukuh kewartawanan beretika - KPE Bernama
Singapura buka konsulat di Sarawak, Sabah tahun ini
AirBorneo sasar buka laluan ke Semenanjung Malaysia tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke

Bernama
Bernama
11/06/2024
15:14 MYT
PRK Sungai Bakap: MCA dialu-alukan bantu kempen calon Kerajaan Perpaduan - Loke
Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada PRK DUN Sungai Bakap. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalu-alukan penglibatan MCA bagi membantu kempen calon mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
"Mungkin mereka telah mengubah fikiran, jadi kita alu-alukan (kempen untuk calon di PRK Sungai Bakap)," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Pengangkutan ASEAN ke-57 di sini hari ini.
Pada Sabtu lepas, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilapor berkata parti itu berkemungkinan akan turun membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada PRK berkenaan.
Pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu sebelum ini, MCA berpendirian tidak akan berkempen sekiranya calon Barisan Nasional (BN) tidak diletakkan bertanding di situ.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Pada PRN lepas, Nor Zamri yang merupakan Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Nurhidayah Che Ros dengan majoriti 1,563 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRK DUN Sungai Bakap
#Kerajaan Perpaduan
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan