awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
Bekas Pengarah Eksekutif hadapi 11 tuduhan sebabkan kerugian salah kepada syarikat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Kandis macam 'mission impossible'

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2018
10:31 MYT
PRK Sungai Kandis macam 'mission impossible'
Lokman sempat beramah mesra dengan masyarakat di Bandar Puteri, hari ini. -Gambar Sinar Harian
Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam akui misi merebut kerusi Dun Sungai Kandis esok merupakan misi mustahil namun beliau optimis.
Menurut Lokman, beliau menyerahkan hak memilih di tangan pengundi yang bijak memilih dan reda dengan apa jua keputusan.
Malah katanya, pelbagai kemungkinan boleh berlaku pada hari pengundian esok.
“Sebenarnya ‘mission imposible’ yang kita buat ini dengan mereka (PH) menang majoriti 12,000 undi (pada {Pilihanraya Umum ke-14).
“Tapi dalam keadaan hari ini, janji-janji 100 hari yang dikeluarkan di mana sekarang sudah sampai hari ke-86 tapi masih banyak janji yang belum ditunaikan.
“Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Sukar untuk kita cakap. Apa pun saya reda, kita dah usaha semampu yang mungkin.
"Saya reda dengan apa jua ketentuan Allah dan kita harap kalau ianya baik untuk kita menjadi Adun di sini, maka kita mohon agar ianya memihak kepada kita,” katanya pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, beliau menjangkakan berlaku peralihan yang amat drastik dalam PRK DUN Sungai Kandis.
“Cuma sejauh mana kemampuan peralihan 'mood' rakyat ini akan membuahkan kemenangan, kita tak pasti,” katanya.
Lokman mendakwa mendapat sokongan daripada 280 ahli Gerakan di DUN Sungai Kandis.
“Walaupun Gerakan pada dasarnya sudah tidak bersama BN tapi saya yakin ikatan persahabatan kita dengan ahli-ahli Gerakan di sini akan menyebabkan mereka membantu kita juga.
“Ini tidak boleh dipandang sebelah mata, ia penting kepada kita,” katanya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dun Sungai Kandis
#GERAKAN
#Lokman Noor Adam
#mission imposible
#N49
#Pilihanraya Umum ke-14
#PRK Sungai Kandis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan