PRK Tanjung Piai: Calon BN selesai buang undi

Astro Awani
November 16, 2019 01:30 MYT
Wee yang ditemani isteri tiba di Pusat Mengundi SJKC Yu Ming 1 dan 2 kira-kira pukul 7.40 pagi. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng antara terawal yang tiba di Pusat Mengundi SJKC Yu Ming 1 dan 2 bagi menjalankan tanggungjawab membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, hari ini.
Beliau yang ditemani isteri tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira pukul 7.40 pagi.
Selain Wee, pilihan raya hari ini menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz, serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.
BACA: Tanjung Piai Memilih: Wee Jeck Seng enggan layan serangan peribadi

#TanjungPiaiMemilih: Calon BN Wee Jeck Seng dan isteri tiba di Pusat Mengundi SJKC Yu Ming 1,2 pukul 740 pagi bagi membuang undi dan meninjau proses keseluruhan. 27 keseluruhan pusat mengundi akan dibuka pukul 8 pagi. @501Awani pic.twitter.com/V7gxUJt3NZ

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Karmaine dijadual mengundi di SK Telok Kerang manakala empat lagi calon lain bukan merupakan pengundi Parlimen Tanjung Piai.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Wee gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau selama dua penggal selepas tewas kepada calon PH dari Bersatu, Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik.
Dr Md Farid memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi dalam pertandingan tiga penjuru.
BACA: Pengundian PRK Tanjung Piai bermula
Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini.
Dalam perkembangan sama, tinjauan Astro AWANI mendapati para pengundi sudah mula menghadiri pusat mengundi seawal jam 7 pagi.
Berikut antara gelagat pengundi yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab pada PRK P. 165 Parlimen Tanjung Piai.

#TanjungPiaiMemilih: Antara gelagat pengundi yang hadir untuk menunaikan tanggungjawab bagi #PRKTanjungPiai @501Awani pic.twitter.com/0o3WNj59su

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 16, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#TanjungPiaiMemilih: Selamat pagi Malaysia. Kini saya berada di SJK (C) Yu Ming 1, 2 untuk mengikuti proses pembuangan undi bagi #PRKTanjungPiai. Calon Barisan Nasional Wee Jeck Seng dan isterinya dijangka membuang undi di sini sekitar 9 pagi. @501Awani pic.twitter.com/LxvomXIHuP

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kerusi Parlimen 165 Tanjung Piai mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N55 Pekan Nanas dan N56 Kukup. Pekan Nanas mempunyai 26,395 orang pengundi, 50.17% adalah lelaki, 49.83% perempuan. Kukup seramai 26,303 pengundi, 50.52% (L) dan 49.13% (P)@501Awani pic.twitter.com/zoc17wRijF

— Initial: FA (@FirdausAzil) November 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Astro Awani #Barisan Nasional #calon #GERAKAN #Pakatan Harapan #Parlimen Tanjung Piai #pilihan raya #pilihan raya kecil #PRK Tanjung Piai #PRU14 #Tanjung Piai #Tanjung Piai Memilih #Wee Jeck Seng