awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRM umum tanding 18 kerusi DUN, 4 Parlimen di P. Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/04/2018
06:17 MYT
PRM umum tanding 18 kerusi DUN, 4 Parlimen di P. Pinang
Ariffin (empat, kanan) dan Koh (empat, kiri) ketika mengumumkan para calon PRM yang akan bertanding pada PRU14 pada majlis pengumuman calon hari ini. - BERNAMA
Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengumumkan akan bertanding di empat kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke.14 (PRU14).
Pengumuman dibuat oleh presidennya, Ariffin Salimon, dalam satu sidang media di Butterworth pada Selasa.
Arffin berkata, empat kerusi Parlimen tersebut iaitu Tasek Gelugor, Nibong Tebal, Bagan dan Batu Kawan.
Bagi kerusi DUN pula, calonnya akan bertanding di Permatang Berangan, Penaga, Telok Air Tawar, Sungai Puyu, Bagan Dalam dan Bagan Jermal.
Selain itu, PRM juga diturunkan di Berapit, Machang Bubok, Padang Lalang, Perai, Bukit Tengah dan Bukit Tambun.
Di bahagian pulau pula, calon PRM akan bertanding di Tanjung Bungah, Pengkalan Kota dan Bayan Lepas.
Sementara itu, Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong berkata PRM bukanlah sebuah parti baharu; ia telah lama bertapak di negara ini iaitu sejak 62 tahun lepas.
Katanya, PRM bertanding kerana mahu bertindak sebagai sebuah parti pembangkang yang akan menjadi 'check and balance' kepada kerajaan.
Tambahnya, PRM bukan mahu bertanding untuk memecah-belahkan undi sebaliknya mempunyai matlamat dan tanggungjawab untuk meneruskan misi parti itu yang belum tercapai.
Dalam masa sama, Koh menegaskan parti itu tidak ditaja mana-mana parti politik dan bergerak atas dana sendiri untuk PRU14 ini.
Topic Berkaitan
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#Parti Rakyat Malaysia
#PRM
#PRU14
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan