awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Agihan kerusi Perikatan Nasional dimuktamad minggu depan - Hamzah

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2023
01:18 MYT
PRN: Agihan kerusi Perikatan Nasional dimuktamad minggu depan - Hamzah
Perikatan Nasional akan memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri bersama parti-parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri pada Rabu depan, kata Datuk Seri Hamzah Zainuddin. - Gambar fail Astro AWANI
MARANG: Perikatan Nasional (PN) akan memuktamadkan agihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bersama parti-parti komponennya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Rabu depan.
Menurut Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, beberapa siri perbincangan telah dilakukan dan setakat ini hanya beberapa kerusi sahaja yang masih belum diputuskan.
Jelasnya, pintu rundingan akan ditutup sejurus Persidangan Majlis Presiden pada minggu hadapan.
Beliau berkata, apabila Majlis Presiden PN bersidang, ia bermakna tiada lagi ruang untuk berbincang dan hanya menunggu masa untuk mengumumkan nama calon sahaja.
“Bila dah ada kerusi-kerusi yang telah siapkan (melaui rundingan), maka (nama) calon-calon itu kita serahkan juga pada parti-parti komponen contohnya, kalau kita dah serahkan di kawasan kita ini DUN Pengkalan Berangan kalau kita beri pada Pas (maka) Pas (kena) cari calon yang sesuai untuk kawasan ini, begitulah cara yang akan ditentukan,” kata Hamzah.
Sebelum ini, media melaporkan proses pembahagian kerusi antara parti komponen dalam PN bagi menghadapi PRN sudah siap 97 peratus.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perbincangan untuk beberapa kerusi yang masih berbaki akan dilakukan dalam keputusan akhir yang akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
PRN akan diadakan di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.
Topic Berkaitan
#PRN
#Perikatan Nasional
#Agihan kerusi DUN
#Hamzah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan