awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran musnahkan ratusan tempat perlindungan di kem pelarian Rohingya di Bangladesh
Lebuh raya utama Mozambique terputus akibat banjir, angka korban cecah 106 orang
Parlimen Australia lulus undang-undang kawalan senjata, jenayah kebencian yang lebih ketat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Amirudin kekal di Sungai Tua, Altimet berentap di Lembah Jaya

Hilmi Malik
Hilmi Malik
22/07/2023
15:52 MYT
PRN: Amirudin kekal di Sungai Tua, Altimet berentap di Lembah Jaya
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dikekalkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. - gambar fail
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dikekalkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua bagi mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga menempatkan penyanyi Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.
Perkara itu dimaklumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Majlis Pengumuman Calon PKR di Padang Awam MBSA, Shah Alam pada malam Sabtu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 mengalahkan tiga calon lain bagi DUN berkenaan.
Altimet sebelum ini juga menang pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang dengan memperoleh sebanyak 743 undian sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac.
Penyanyi rap itu mula berkecimpung dalam arena politk bersama PKR pada April 2021.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Selangor
#PRN Selangor
#Amirudin Shari
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan