awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
Musk ikrar bina bandar di bulan, Marikh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: "Ayah... ayah nak pergi mana?"

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
29/07/2023
03:22 MYT
PRN: "Ayah... ayah nak pergi mana?"
Datuk Eddin Shazlee Shith diiringi ahli keluarga dan penyokong-penyokong beliau semasa hadir di pusat penamaan calon pada Sabtu.
KUALA PILAH: "Ayah... ayah nak pergi mana?"
Itu soalan terpacul dari mulut anak Datuk Eddin Shazlee Shith ketika menemani bapanya ke pusat penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh, di sini, pada Sabtu.
Masih bersekolah rendah, pastinya anak kecil itu masih belum mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya.
Bangun seawal pagi, berarak bersama ibu bapa dan puluhan penyokong Perikatan Nasional (PN) dan tiba-tiba dua orang lelaki (pencadang dan penyokong) membawa bapanya pergi.
Tentunya minda mereka ligat berputar, cuba menghadam apa yang berlaku serta sudah menjadi lumrah anak kecil akan spontan bertanya apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka.
Sementara anak perempuan calon itu erat merangkul leher bapanya seolah-olah enggan berenggang.
Demikian antara corat-coret penamaan calon di DUN Juasseh, sedikit sebanyak diharap menghadirkan nilai positif kepada setiap calon.
Walau apa pun berlaku, nasib generasi masa depan perlu diberi perhatian.
Mungkin sekarang mereka tidak begitu mengerti namun siapa tahu, suatu masa nanti mereka pula bakal memerintah pertiwi.
Topic Berkaitan
#PRN Negeri Sembilan
#DUN Juasseh
#eddin shazlee shith
#calon Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan