PRN: Baddrol Bakhtiar, Firdaus tiba awal di pusat penamaan calon

Adie Sufian Zulkefli
Julai 29, 2023 02:38 MYT
Calon Perikatan Nasional bagi DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar (dua dari kiri) hadir di pusat penamaan calon di Dewan Lestari Guar Chempedak, untuk menyerahkan borang pencalonan.
JERAI: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar bersama dua lagi calon PN bagi DUN Guar Chempedak, Abdul Ghafar Saad dan Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat tiba di pusat penamaan calon di Dewan Lestari Guar Chempedak, di sini, pada pukul 8.50 pagi.
Kehadiran mereka turut diiringi seramai lebih 1,000 orang penyokong parti terbabit.
Sementara itu, calon bagi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) turut hadir di lokasi sama pada pukul 8.35 pagi dengan turut diiringi seramai 1,000 orang penyokong parti tersebut.
Tiga calon tersebut ialah calon DUN Sungai Limau, Siti Balkhis Husain, DUN Guar Chempedak, Abdul Paris Abdul Hamid dan DUN Gurun, Mohammed Firdaus Johari.
#PRN Kedah #Baddrol Bakhtiar #DUN Gurun #Muhammad Sanusi Md Nor