awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2023
07:01 MYT
PRN: Bas percuma untuk pelajar IPT Kelantan balik mengundi
Ujar Ahmad Yakob, pelajar bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat. - Gambar fail
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, perkhidmatan tersebut bagi memudahkan pelajar di luar Kelantan pulang menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.
"Perkhidmatan ini akan diuruskan oleh satu jawatankuasa khas diketuai oleh Pejabat Perbendaharaan Negeri Kelantan dan diurusetiakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri.
"Tarikh bagi perjalanan balik bermula 6 hingga 11 Ogos, manakala tarikh kembali ke destinasi asal pada 13 hingga 15 Ogos," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ujarnya, pelajar bebas menggunakan hak mereka untuk memilih mana-mana calon atau parti politik yang bertanding tanpa terikat dengan apa jua syarat.
"Semoga perkhidmatan tersebut dapat membantu meringankan beban pelajar serta ibu bapa," ujarnya.
Tambahnya, kerajaan Kelantan sangat menyedari kepentingan mahasiswa dan mahasiswi dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih demi masa depan negara.
"Penglibatan mereka sebagai pemilih dalam pilihan raya memberi impak yang sangat besar dalam membina negara melalui pentas demokrasi.
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#pilihan raya negeri
#PRN
#IPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan