KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mempertimbangkan hasrat parti bersekutu dalam kerajaan Perpaduan untuk menggunakan logo dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hassan memberitahu, parti-parti itu mahu menggunakan logo gabungan itu di beberapa negeri yang dianggap mempunyai kelebihan.
"Apa yang kita sedang pertimbangkan adalah ada rakan sekutu (kerajaan Perpaduan) yang mahu menggunakan lambang kita (dacing) di negeri-negeri tertentu kerana ada strategi pilihan raya yang boleh memberi sedikit impak," katanya selepas majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini, pada Rabu.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan parti berkenaan atau negeri yang terlibat.
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata, Dewan Tertinggi BN telah mengambil keputusan untuk menggunakan logo dacing pada PRN nanti.
"Kita telah menyatakan dan memutuskan bahawa PRN di enam negeri, kita akan menggunakan lambang sendiri dan akan berkempen atas pentas kita.
"PRN ini akan menjadi satu petunjuk kepada sejauh mana sokongan pengundi kepada BN dan dari situ kita akan membuat langkah-langkah yang bersesuaian untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)," jelasnya.
Sebelum ini media melaporkan, enam negeri sepakat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dua minggu terakhir Jun depan bagi memberi laluan kepada PRN.
Negeri-negeri berkenaan ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, dan Terengganu.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan, kata sepakat itu dicapai menerusi mesyuarat antara Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri terbabit pada Februari lalu.
Umavathi Ramayah
Wed May 10 2023

Mohamad Hassan memberitahu, parti sekutu dalam kerajaan Perpaduan mahu menggunakan logo gabungan Barisan Nasional di beberapa negeri yang dianggap mempunyai kelebihan. - Foto fail/BERNAMA

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.

PRK Pelangai: Kempen dijangka lebih meriah di minggu kedua
Memasuki separuh tempoh berkempen PRK DUN Pelangai, persaingan tiga penjuru kerusi itu hakikatnya dilihat antara UMNO yang mewakili BN dan Pas bagi BN.

PRK: Menang Pelangai untuk bina keyakinan ke PRU16 - Mohamad
Mohamad Hasan berkata kemenangan di Pelangai akan membantu membangkitkan semangat ahli, sekali gus memperkukuh parti selepas tewas teruk pada PRU lepas.

PRK Pelangai: Amizar mampu beri kemenangan kepada BN - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, ini kerana hampir separuh daripada keseluruhan 16,456 pengundi berdaftar di DUN Pelangai merupakan warga Felda.

PRK Pelangai: Penyertaan bekas ahli UMNO tak gugat peluang BN - Amizar
Amizar berkata setakat ini, beliau melihat 'angin' pengundi di kawasan itu lebih memihak kepada BN berbanding calon lain.

PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula
Bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan.

MIC-Makkal Sakti sepakat tubuh sekretariat satukan masyarakat India
Satu sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.

BN namakan Amizar sebagai calon di PRK DUN Pelangai
Perkara itu diumumkan Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis pengumuman calon BN di Dewan Majlis Daerah Bentong.

Tun Mahathir mampu cetus krisis politik baharu - Salleh
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak mendakwa Tun Mahathir Mohamad bukanlah pemimpin yang membuat percaturan tanpa penghujung apabila menjadikan dirinya sebagai ketua de facto Perikatan Nasional (PN).

PRK Pelangai: BN tidak ambil mudah, enam nama diserah - Wan Rosdy
Barisan Nasional (BN) Pahang tidak mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

PRK Pelangai: Wakil BN harus dipilih semula, beri kesinambungan perkhidmatan - Zahid
Barisan Nasional (BN) harus dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang akan datang.