awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Dakwaan Takiyuddin, sekadar kenyataan politik - Anwar

Bernama
Bernama
05/08/2023
08:21 MYT
PRN: Dakwaan Takiyuddin, sekadar kenyataan politik - Anwar
Anwar yakin sokongan rakyat terhadap PH amat positif berdasarkan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat setiap kali beliau turun padang. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa gelombang Perikatan Nasional (PN) dilihat lebih kuat berbanding sokongan terhadap Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini hanyalah kenyataan politik semata-mata.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yakin sokongan rakyat terhadap PH amat positif berdasarkan sambutan yang ditunjukkan oleh rakyat setiap kali beliau turun padang.
"Tak mengapalah, itu kenyataan politik (Takiyuddin), saya di Kedah semalam, sambutan luar biasa baik. Kita tak boleh nafikan.
"Saya yakin akhirnya rakyat akan memilih politik yang stabil dan menolak pandangan ekstrem, di samping memilih politik yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-16 di sini hari ini.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Takiyuddin baru-baru ini yang mendakwa gelombang PN di enam negeri memberi isyarat jelas Kerajaan Perpaduan akan turun takhta pemerintahan nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Anwar Ibrahim
#gelombang PN
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan