awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Dominic terima permohonan maaf Pas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/08/2023
07:10 MYT
PRN: Dominic terima permohonan maaf Pas
Dominic yang juga calon Perikatan Nasional (PN) DUN Bayan lepas berkata, apa yang berlaku hanyalah kesilapan kecil dan menyifatkan manusia tidak dapat lari daripada melakukannya.
BAYAN LEPAS: Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Datuk Dominic Lau Hoe Chai menerima dengan hati terbuka permohonan maaf daripada Pas dan berharap semua pihak melupakan kemelut dan salah faham yang berlaku.
Dominic yang juga calon Perikatan Nasional (PN) DUN Bayan lepas berkata, apa yang berlaku hanyalah kesilapan kecil dan menyifatkan manusia tidak dapat lari daripada melakukannya.
Justeru katanya, semua salah faham yang berlaku perlu dinoktahkan demi mendapat mandat rakyat pada 12 Ogos nanti.
“Merujuk kepada surat daripada Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyudin Hassan mengenai permohonan maaf, saya memang telah reda dengan apa yang telah berlaku dan saya telah menerima dengan hati terbuka permohonan maaf daripada Pas.
“Setiap salah faham yang berlaku, kita harus meletakkan titik noktah demi mendapatkan mandat dan sokongan rakyat pada hari pengundian 12 Ogos nanti," katanya.
Dominic berkata demikian sebagai reaksi kepada permohonan maaf Pas berikutan insiden beliau dihalang untuk hadir Ceramah Mega PN Best di Tasek Gelugor baru-baru ini.
Terdahulu, Takiyuddin memohon maaf dan merakamkan rasa kurang selesa berhubung insiden yang membabitkan Dominic yang didakwa 'dihalau' ketika hadir ke ceramah tersebut.
Walaupun Dominic dilaporkan menolak dakwaan itu, namun Takiyuddin berkata, kehadiran beliau seharusnya diterima dan dihargai sebagai tetamu berdasarkan akhlak dan prinsip-prinsip Islam.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#DUN Bayan Lepas
#Pas minta maaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan