PRN: Dua anak bekas MB tewas di Negeri Sembilan

Shuhada Abdul Kadir
Ogos 13, 2023 00:30 MYT
Danni Rais (kiri), anak kepada Tan Sri Rais Yatim tewas di kerusi DUN Klawang, sementara, Mohd Najib yang juga anak Tan Sri Mohd Isa Samad kalah di DUN Bagan Pinang.
SEREMBAN: Anak lelaki kepada dua bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang tampil membuat penampilan sulung di pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, tewas di kerusi ditandingi masing-masing
Mohd Najib yang juga anak Tan Sri Mohd Isa Samad mewakili Barisan Nasional (BN) kalah dengan majoriti 3,426 dalam saingan satu lawan satu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Fatah Zakaria.
Mengikut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Najib yang mempertaruhkan nasib di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang memperoleh 7,495 undi manakala Abdul Fatah mendapat 10,921 undi.
Sementara itu, Danni Rais, anak kepada Tan Sri Rais Yatim pula tewas di kerusi DUN Klawang selepas bertanding atas tiket PN.
Danni yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan itu berdepan saingan tiga penjuru memperoleh 4,021 undi manakala saingannya iaitu penyandang kerusi berkenaan, Datuk Bakri Sawir mewakili Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 577 undi.
Sementara calon Bebas, Saiful Bahri Jaaman memperoleh 364 undi.
Terdahulu, gabungan PH dan BN berjaya mengekalkan status quo di Negeri Sembilan pada PRN selepas memperoleh majoriti dua pertiga.
#PRN #dua anak bekas MB kalah #DUN Negeri Sembilan #PH-BN tubuh kerajaan Negeri Sembilan