awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
12/08/2023
15:34 MYT
PRN: Gabungan PH-BN bentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Ketua Menteri Chow Kon Yeow (tengah) membuat pengumuman kemenangan mereka di pusat penjumlahan undi PH-BN pada jam 10.15 malam Sabtu. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menepati ramalan apabila berjaya membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang selepas menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15).
Sehingga jam 10 malam gabungan itu berjaya memenangi majoriti 29 kerusi daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berdasarkan keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dengan kejayaan itu, kerajaan negeri sebelum ini terus kekal mentadbir negeri buat penggal keempat berturut-turut.
Pada PRN ini, Parti DAP mendominasi 19 kerusi DUN apabila kesemua calon mereka yang bertanding menang dengan majoriti besar sekaligus menjadi menyumbang kemenangan gabungan PH-BN di Pulau Pinang.
PKR turut menyumbang tujuh kerusi menerusi kemenangan calon-calonnya di kerusi DUN Machang Bubok , Bukit Tambun, Bukit Tengah, Batu Maung, Pantai Jerejak, Batu Uban dan Kebun Bunga.
Manakala BN menang dua kerusi di DUN Bertam dan Sungai Acheh dan Amanah menang kerusi tunggal di Bayan Lepas.
Secara keseluruhan, gabungan PH-BN pada PRN kali ini masing-masing meletakkan 19 calon DAP, enam calon BN (UMNO),13 calon PKR dan dua calon Parti Amanah Negara (Amanah).
Sementara itu,Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi 11 kerusi majoriti pengundi Melayu antaranya mempertahankan DUN Penaga, merampas Permatang Berangan, Permatang Pasir, Penanti, Seberang Jaya, Sungai Dua, Telok Ayer Tawar, Pinang Tunggal, Sungai Bakap, Teluk Bahang dan Pulau Betong.
PN meletakkan 19 calon Gerakan, diikuti Bersatu 11 calon dan PAS 10 calon.
Keputusan DUN Pulau Pinang,pada PRU-14 (2018) menyaksikan DAP menang 19 kerusi, PKR 16 kerusi , Amanah dan BN masing- masing menang 2 kerusi dan Pas menang satu kerusi.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#SPR
#keputusan rasmi
#bentuk kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan