awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Gerakan Pulau Pinang adakan mesyuarat tergempar

Bernama
Bernama
24/07/2016
14:37 MYT
PRN: Gerakan Pulau Pinang adakan mesyuarat tergempar
Sebelum ini, persiapan parti adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadualkan pada 2018 namun, keadaan itu berubah susulan situasi politik semasa di negeri ini. -Gambar fail
Gerakan Pulau Pinang hari ini mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan persiapan yang perlu dibuat sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang memutuskan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) mengejut dalam masa terdekat.
Pengerusi Gerakan Teng Chang Yeow berkata sebelum ini, persiapan parti itu adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadualkan pada 2018 namun, keadaan itu berubah susulan situasi politik semasa di negeri ini.
"Semua pihak harus bersedia dalam semua keadaan. Jadi, mesyuarat tergempar ini adalah untuk memastikan semua anggota Gerakan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan (sekiranya PRN diadakan)," katanya kepada pemberita sebelum mempengerusikan mesyuarat itu di sini.
Beliau berkata Gerakan berhasrat bertanding di 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan presiden parti Datuk Mah Siew Keong sudah mengenal pasti calon berkenaan.
Rabu lepas, Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu sidang berita bahawa DAP akan memberi masa kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PKR dan Parti Amanah Negara) untuk berbincang sebelum membuat keputusan mengadakan pilihan raya negeri.
Topic Berkaitan
#Gerakan Pulau Pinang
#pilihan raya negeri
#PRN mengejut
#teng chang yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan