awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Bakal calon PKR Dr Zamil positif COVID-19, tangguh program di Larkin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
17/02/2022
07:49 MYT
PRN Johor: Bakal calon PKR Dr Zamil positif COVID-19, tangguh program di Larkin
Dr Zamil Najwah, 48, merupakan antara lima calon terawal yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari lepas. - Foto FB Dr Zamil
JOHOR BAHRU: Bakal calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi DUN Larkin, Dr Zamil Najwah Arbain hari ini mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Dr Zamil Najwah berkata, ujian saringan melalui RTK-Antigen itu merupakan satu kelaziman yang sering beliau lakukan sebelum menghadiri sebarang program, demi keselamatan pengundi dan jentera.
Susulan keputusan positif pagi ini, dia memohon maaf kerana terpaksa membatalkan semua program yang dianjurkan, kerana perlu menjalani perintah kuarantin wajib.
“Mohon jika ada yang bertemu dengan saya secara fizikal dalam beberapa hari yang lepas supaya turut menjalankan ujian pengesanan dan pengesahan COVID-19.
Memandangkan saya telah disahkan positif COVID-19, saya akan menjalankan kuarantin kendiri mengikut protokol kesihatan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya lagi.
Dr Zamil Najwah, 48, merupakan antara lima calon terawal yang diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 14 Februari lepas.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Syed Sis A Rahman di DUN Tanjung Surat, dengan majoriti 4,522 undi.
“Sama sama lah kita berdoa agar kesemua mereka yang sedang mengalami Covid-19 diberikan kesembuhan segera serta kekuatan buat petugas barisan hadapan KKM, yang terus menanggung bebanan dalam menguruskan wabak ini.
“Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Parti Keadilan Rakyat
#Zamil Najwah Arbain positif COVID-19
#ujian RTK-Antigen
#PRN Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan