awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/03/2022
06:16 MYT
PRN Johor: Berpolitik jangan sampai tanam kebencian - Hishammuddin
Ujar Hishammuddin, soal kestabilan dan perancangan masa depan merupakan perkara utama yang ditekankan oleh Barisan Nasional (BN). - Foto Astro AWANI
MERSING: Kehangatan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini diharapkan tidak membawa kepada perpecahan kaum dan agama di negara ini.
Tegas Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kerana itu soal kestabilan dan perancangan masa depan juga merupakan perkara utama yang ditekankan oleh BN dalam kempen kali ini.
“Melihat ke hadapan, kita perlu pastikan PRN Johor ini tidaklah sampai menanam kebencian dan perpecahan dalam kalangan kaum dan agama.
“Itu perkara yang kita nak tumpukan apabila semuanya berakhir di PRN Johor kali ini.
“Habis PRN siapa yang nak kendalikan soal pembangunan, ekonomi dan cari peluang pekerjaan untuk rakyat? Adakah individu yang tanam kebencian akan pikul tanggungjawab ini.
"Menang atau kalah saya masih lagi Menteri Kanan Pertahanan dan masih perlu pikul amanah,” katanya ketika hadir merasmikan Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia di sini pada Sabtu.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Bercakap mengenai potensi BN di Johor, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, ia bergantung kepada pengundi UMNO selain menyatakan pihaknya tidak mempunyai sebarang reaksi negatif sepanjang musim berkempen.
“Setakat ini kempen BN di Johor cukup baik namun kita ada baki beberapa hari lagi dan apa yang saya nak tekankan, jangan kita sorak kampung tergadai,” katanya lagi.
Turut hadir pada majlis tersebut, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan sempena program jelajah Jamin Kerja di daerah Mersing.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Barisan Nasional
#Ahli Parlimen Sembrong
#Hishammuddin Tun Hussein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan