JOHOR BAHRU: Keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bukanlah kerana tamakkan kuasa atau menjaga kluster mahkamah seperti didakwa sesetengah pemimpin politik.
Sebaliknya, Ketua Pemuda UMNO Johor Mohd Hairi Mad Shah berkata dengan mengadakan PRN, ia adalah satu usaha demokrasi yang diperlukan bagi mencari sebuah kerajaan kukuh untuk terus mentadbir negeri.
Beliau berkata mandat baharu daripada rakyat di negeri ini adalah satu keperluan berikutan kedudukan kerajaan negeri yang tidak stabil dan bergerak atas 'ihsan pembangkang'.
Menurut beliau, realiti tersebut harus diterima semua pihak dan tidak sepatutnya berlaku di negeri yang memerlukan sebuah kerajaan stabil dan kuat demi memastikan perancangan di negeri selatan tanah air itu dapat dipergiatkan dan berjalan lancar.
"Contoh diberikan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad semalam adalah satu daripada situasi menunjukkan dengan jelas kerajaan negeri berada dalam keadaan tidak stabil, iaitu insiden pembangkang Johor membawa rundingan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) pada Sidang DUN (Dewan Undangan Negeri) Johor selepas Bajet Johor 2022 dibentangkan, November tahun lepas.
BACA SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
"Undian dilakukan menerusi rundingan itu membawa kepada keputusan seri 27 sama selepas undian di DUN dilakukan. Namun, Speaker DUN Suhaizan Kaiat memutuskan untuk berpihak kepada kerajaan menjadikan keputusan undian 28-27 bagi membolehkan kerajaan Johor tidak tergantung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hairi berkata pihaknya sedar rakyat kini masih terkesan dengan pandemik COVID-19 dan sesetengahnya sedang mengharungi situasi pascabanjir yang menyukarkan, namun sebagai sebuah parti politik, kesedaran untuk mendapatkan kerajaan stabil juga penting bagi memastikan segala bentuk bantuan dan dasar yang memberi manfaat kepada rakyat dapat direncana dengan berkesan.
Semalam, Hasni yang juga Menteri Besar Johor berkata Barisan Nasional memerlukan mandat baharu daripada rakyat bagi meneruskan program-program rakyat memandangkan majoriti tipis telah menyebabkan kerajaan negeri berjalan berdasarkan 'ihsan pembangkang'.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri semalam bagi memberi laluan untuk PRN diadakan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
PRN disifatkan satu usaha demokrasi yang diperlukan bagi mencari sebuah kerajaan kukuh untuk terus mentadbir negeri. - Gambar hiasan/ Bernama
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.