Skip to main content

Politik

PRN Johor: Calon PH kecam tindakan bakar bendera, cemar demokrasi matang

Tanjung Surat, 28 Jun 2026 — Saya mengambil maklum satu kejadian khianat melibatkan sehelai bendera Pakatan Harapan yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan FELDA Adela telah dibakar oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Faizul di lokasi kejadian bersama bendera Pakatan Harapan yang didakwa dibakar di hadapan jalan masuk Gugusan FELDA Adela, awal pagi Ahad. - Foto Facebook Faizul Abdul Ghani
Advertisement

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Tanjung Surat, Faizul Abdul Ghani mengecam tindakan membakar bendera parti itu yang dipasang di hadapan jalan masuk Gugusan FELDA Adela, awal pagi hari ini.

Faizul berkata, kejadian itu disedari sekitar jam 2 pagi oleh Ketua Jentera Unit Logistik calon apabila menemui bendera berkenaan dalam keadaan terbakar.

Tegasnya perbuatan sedemikian disifatkan sebagai menghakis budaya demokrasi yang matang.

“Saya ingin menegur pelaku yang melakukan perbuatan khianat seperti ini. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnya diterjemahkan melalui tindakan provokasi, sabotaj,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Susulan kejadian itu, wakil calon, Mohamad Saat Sukami, telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Faizul turut menyeru semua penyokong, petugas parti dan masyarakat setempat agar terus bertenang serta tidak bertindak di luar batas undang-undang.

“Kempen pilihan raya sepatutnya menjadi ruang untuk menawarkan idea, rekod kerja dan masa depan yang lebih baik kepada rakyat, bukannya dicemari dengan perbuatan khianat atau provokasi murahan,” katanya lagi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, Faizul berdepan saingan satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Aznan Tamin.

Must Watch Video

Advertisement