awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: 'Demi pemimpin berintegriti, berkebajikan' - Hadi Awang doa kemenangan PN

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/03/2022
03:00 MYT
PRN Johor: 'Demi pemimpin berintegriti, berkebajikan' - Hadi Awang doa kemenangan PN
Abdul Hadi (tiga, kiri) ketika melawat Bilik Gerakan Utama PN untuk mendengar taklimat tentang perkembangan terkini situasi Pilihan Raya Negeri Johor. -Facebook Abdul Hadi Awang
PAS berharap calon-calon Perikatan Nasional (PN) akan memperoleh kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, harapan itu disandarkan kepada gerak kerja jentera PN yang setakat ini berada pada tahap yang sangat baik.
Katanya, perkembangan positif itu sekali gus mampu menarik pengundi untuk memberikan sokongan kepada calon-calon PN.
“Insya-Allah semoga segala usaha dan amal soleh yang dilakukan oleh jentera-jentera diterima oleh Allah dan beroleh kemenangan dalam PRN Johor.
“Ini demi memastikan pemimpin yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri Johor dalam kalangan yang berintegriti dan berkebajikan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Abdul Hadi berkata beliau juga berkesempatan melawat Bilik Gerakan Umum PN bagi mendengar taklimat tentang perkembangan terkini situasi PRN Johor, semalam.
Selain Pas, komponen parti dalam PN ialah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan.
Pada PRN Johor kali ini, Pas bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Bersatu (33), dan Gerakan (lapan).
PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac ini, dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 8 Mac.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#calon Perikatan Nasional
#PRN Johor
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan