awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Fakrulradzi mahu bawa perubahan kepada 'pekan koboi'

Sinar Harian
Sinar Harian
01/03/2022
22:20 MYT
PRN Johor: Fakrulradzi mahu bawa perubahan kepada 'pekan koboi'
Mohammad Fakrulradzi (kanan) ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk di kawasan Endau baru-baru ini. - Foto Mohammad Fakrulradzi Mahmud
MERSING: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau, Mohammad Fakrulradzi Mahmud mahu membuat perubahan besar terhadap kawasan tersebut yang disifatkan sudah sekian lama menjadi seperti pekan koboi.
Beliau yang juga anak jati Endau berkata, perubahan tersebut perlu dilaksanakan kerana ia secara langsung akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak muda di kawasan terbabit.
Menurutnya, masalah peluang pekerjaan yang terhad di kawasan itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan beliau akan menggariskan beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi isu tersebut.
“Kerajaan negeri perlu mengatasi terlebih dahulu masalah pemilikan tanah kepada generasi muda. Peluang memiliki tanah seolah tertutup apabila dasar tanah Johor sangat tidak mesra orang muda. Saya akan perjuangkan hak memiliki tanah kepada orang muda.
“Setelah memiliki tanah, mereka akan berupaya untuk menjana pendapatan sewajarnya dengan memaksimumkan penggunaan tanah yang sudah dimiliki. Di sini peranan industri kecil dan sederhana (IKS) boleh dijanakan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, Mohammad Fakrulradzi berkata, Endau juga boleh dimajukan dengan mewujudkan kilang dan industri di banyak kawasan terbiar terutama di sekitar kawasan jalan yang menghubungkan Endau ke bandar Mersing.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan agar pembinaan resort dan ‘homestay’ dapat digalakkan dan dilaksanakan secara bersepadu di sepanjang jajaran jalan dari kawasan Penyabong sehingga ke Pantai Air Papan, di sini.
“Endau juga adalah kawasan nelayan dan pendaratan hasil ikan. Namun, hanya beberapa kerat dan segmen sahaja yang mendapat keuntungan.
“Saya menyasarkan pembukaan kawasan jualan hiliran hasil laut seperti keropok, bebola ikan, ikan masin dan restoran makanan laut supaya Endau memiliki imej bandar makanan laut seperti yang dilakukan di Pantai Remis, Perak; Sekinchan, Selangor dan Dataran Todak, Sabah.
“Peluang pekerjaan juga akan dapat dijana sekiranya Endau memiliki institusi pengajian tinggi awam atau swasta,” ujarnya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#PRN Johor
#Johor Memilih
#Endau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan