JOHOR BAHRU: Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad dijadualkan akan mengadakan sidang media khas esok, dipercayai berkaitan tentang desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri, sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri ketiga sejak Pilihan Raya Umum 2018.
Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu Astro AWANI, sidang media itu dilakukan selepas Hasni, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, selesai mempengerusikan pertemuan dengan kesemua Ketua-ketua UMNO Bahagian di negeri itu.
Selain memperincikan senarai calon untuk 56 kerusi DUN, mesyuarat itu juga dijangka menyentuh mengenai manifesto Barisan Nasional (BN) yang bakal dibentangkan sewaktu tempoh berkempen nanti.
“Ya. Sidang media selepas mesyuarat perhubungan esok,” kata sumber itu ringkas.
Bagaimanapun, difahamkan waktu dan tempat sidang media itu diadakan masih belum dimuktamadkan, biarpun berkemungkinan besar ia akan diadakan di bangunan Badan Perhubungan UMNO Johor di sini.
Baru-baru ini, Hasni, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Benut, memberitahu media, visi dan perancangan Kerajaan Negeri Johor akan terus berjalan lancar biarpun sewaktu tempoh DUN dibubarkan.
Kenyataan itu sekaligus menguatkan desas-desus bahawa PRN Johor akan diadakan, yang rata-rata penganalisis berpandangan ia akan diadakan dalam tempoh antara selepas Tahun Baharu Cina (1 Feb) dan sebelum bulan Ramadan (2 April).
"Program kerajaan (akan) dijalankan seperti dirancang serta apa sahaja yang dirancang di bawah Belanjawan Negeri 2022," katanya dalam ucapan perasmian tapak ujian dron di Medini di sini, pada Khamis.
Desas-desus mengenai PRN semakin hebat susulan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian pada Disember lepas, menjadikan kerajaan pimpinan UMNO hanya memiliki satu majoriti satu kerusi dalam DUN Johor.
Pemerhati politik berpandangan UMNO dan BN merasakan mereka kembali kukuh selepas keputusan PRN Melaka menyaksikan mereka mendapat 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Pada masa ini, Dewan Undangan Negeri Johor diterajui Barisan Nasional dengan 28 kerusi yang merangkumi UMNO (14 kerusi), MIC (dua), Bersatu (11) dan Pas (satu) manakala Pakatan Harapan memiliki 27 kerusi iaitu DAP (14), PKR (tujuh) dan Amanah (enam).
Firdaus Azil
Fri Jan 21 2022

Baru-baru ini, Hasni, yang juga ADUN Benut, memberitahu media, visi dan perancangan Kerajaan Negeri Johor akan terus berjalan lancar biarpun sewaktu tempoh DUN dibubarkan. - Gambar fail

Hari Guru | Pengetahuan digital bantu guru serlah potensi pelajar
Sukar mendapatkan penglibatan pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian, memaksa guru berfikiran lebih kreatif dan menggunakan semua sumber yang dimiliki.

Pembaziran Makanan | Tingkat advokasi masyarakat
Malaysia perlu meningkatkan advokasi dan libat urus dengan masyarakat mengenai masalah pembaziran makanan. Profesor dan Pengarah Eksekutif, Sunway Centre for Planetary Health, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata perkara itu perlu dilakukan selari kesediaan masyarakat untuk mengubah mentaliti dan gaya hidup.

Ban Pecah | MAFI luluskan RM2.5 juta bagi proses baik pulih
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.5 juta bagi proses membaik pulih runtuhan ban kanan Terusan Tengah di struktur Alor Limpah, Sungai Santap, Pelubang. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kerja pembaikan telah dimulakan dan dijangka mengambil masa 14 hari.

Ladang Ternakan Ayam | FLFAM nafi penutupan dua hari sebagai protes
Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menafikan notis penutupan dua hari sebuah ladang ternakan ayam di Melaka, sebagai protes terhadap kerajaan yang didakwa lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. Menurut Penasihatnya Datuk Jeffrey Ng, penghentian pengoperasian sesebuah premis itu adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu dan keputusan penutupan ladang berkenaan itu juga, jelas tidak akan mengganggu rantaian bekalan.

Kes Bunuh Tetak | Polis rakam keterangan wanita, giat kesan 4 suspek
Polis sudah mengambil keterangan wanita yang terlibat dalam kes bunuh seorang lelaki yang ditetak dalam kejadian pergaduhan di medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam pada Sabtu lepas. Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad selain wanita itu, polis turut mengambil keterangan ahli keluarga mangsa.

10 Berita Pilihan - (18 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Mei 2022.

AWANI Ringkas: Bukit Aman siasat dakwaan penjualan data peribadi rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian - PM
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya 'orang tengah' dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.