awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Individu bergejala, PUI, PUS boleh mengundi

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/03/2022
08:30 MYT
PRN Johor: Individu bergejala, PUI, PUS boleh mengundi
Pengundi terbabit akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut. - Gambar hiasan/ Bernama
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi yang bergejala termasuk mereka yang sedang dikuarantin, untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata khemah khas akan disediakan untuk kumpulan itu dan dipantau oleh pegawai kesihatan.
Jelas beliau, pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.
"Bagi pengundi berstatus Patient Under Investigation (PUI) dan Person Under Surveillance (PUS) yang ingin mengundi hendaklah memohon kebenaran Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) dan Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian berkenaan, untuk keluar sementara ke pusat mengundi.
"Kebenaran ini adalah tertakluk kepada penilaian risiko jangkitan oleh Pegawai Kesihatan Daerah tersebut dan pengundi perlu mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan oleh KKM," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Menyentuh mengenai persediaan SPR pada esok, Ikmalrudin memaklumkan pihaknya telah menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan bagi proses pengundian.
Katanya lagi, semakan ini untuk memastikan semua peralatan atau kelengkapan bagi pengundian pada hari esok lengkap dan berkeadaan baik.
"Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM) bagi setiap Saluran Mengundi.
"SPR berharap semua pengundi dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan keluar mengundi.
“Pengundi dinasihatkan supaya keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Ikmalrudin berkata SPR sekali lagi mengingatkan semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada malam ini iaitu sehingga jam 11.59 malam.
"Selepas tempoh itu berakhir, semua pihak hendaklah menghentikan sebarang bentuk aktiviti berkempen termasuk aktiviti merayu undi, termasuk menerusi saluran media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain," katanya.
Seramai 2,539,606 orang pengundi layak mengundi dalam PRN kali ini.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#COVID-19
#pengundi bergejala
#kebenaran mengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan