MERSING: Bosan dan jemu melihat senario politik semasa membuatkan penduduk di Tenglu, di sini, bertindak menaikkan logo ‘katak’ sebagai tanda protes terhadap ahli politik.
Hakikatnya, mereka keliru dan buntu melihat percaturan politik yang membuatkan masyarakat semakin terhimpit dalam memikirkan soal hala tuju.
Menurut beberapa penduduk yang ditemui Astro AWANI, gelanggang politik ketika ini lebih menumpukan kepentingan peribadi berbanding tugas hakiki seorang ahli politik yang sepatutnya mengangkat masalah yang didepani rakyat.
Menurut Mohd Zam Abdul Rahman, perubahan sukar untuk berlaku sekiranya sistem sedia ada tidak diperbaiki.
“Politik ini kalau sesiapa pun di atas (memerintah), kalau masih ada budaya korup, kroni, pilih kasih atau secara kasarnya ‘kaki jilat’, maka hala tuju rakyat memang tak akan jelas.
“Selagi ada budaya kotor, usaha nak capai kejayaan untuk rakyat seperti yang dijanjikan sendiri oleh wakil rakyat memang akan jadi susah,” katanya kepada Astro AWANI baru-baru ini.
Sementara itu, Mohd Shawal Noordin menyatakan, setiap kali berlakunya musim pilihan raya, penduduk seolah-olah sudah boleh menjangka permainan politik yang bakal tercetus.
Ini termasuk sikap ahli politik yang secara tiba-tiba menjelma menunjukkan ‘batang hidung’ kepada penduduk demi meraih undi.
“Kalau nak ikutkan apa yang dia janji dulu berapa peratus sahaja yang berjaya dibuat?
“Sebelum dapat pangkat memang macam-macam mereka (ahli politik) janji, tapi bila menang terus hilang.
“Semasa pilihan raya pandai pula jumpa pengundi, tapi bila giliran kita nak mohon sesuatu, apa pun tak dapat.
“Kami rakyat kita mengundi, jadi fokus dulu bantu apa yang rakyat nak, baru fikir untuk diri sendiri,” luahnya.
Kerakusan berpolitik juga tidak kurangnya membawa kesan perpecahan apabila niat sebenar telah lari dari landasan asal.
Itu antara luahan yang disuarakan Lim Poo Kher @ Prakash Lim selain menyifatkan ahli politik ibarat ‘lampin pakai buang’ yang perlu kerap ditukar.
“Ahli politik dah macam lampin buang kalau boleh kita kena selalu tukar sebab lagi lama pakai jadi lagi busuk.
“Sama juga dengan ahli politik, bila sampai masa perkhidmatan pun makin kurang.
“Dah celaru sangat semua sibuk nak hentam sana sini, hubungan silaturahim pun jadi renggang saya harap perkara ini berakhir secepat mungkin dan kita lupakan politik selepas PRN.
Baru-baru ini, situasi politik kelihatan masih bergolak khususnya keadaan politik di Mersing dengan pelbagai kontroversi yang dicetuskan.
Tempoh beberapa hari berkempen, setiap jentera parti kelihatan rancak dengan usaha untuk memancing undi dalam kalangan penduduk sebelum menantikan hari penentunya pada 12 Mac.
Hilmi Malik
Thu Mar 10 2022
Bosan dan jemu melihat senario politik semasa membuatkan penduduk bertindak menaikkan logo katak sebagai tanda protes terhadap ahli politik. - Foto Astro AWANI
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.