POLITICS
PRN Johor: Mesyuarat Biro Politik UMNO tamat selepas 2 jam

Penantian pengamal media di kawasan itu untuk menemu bual pemimpin parti yang hadir tidak berhasil apabila tiada sebarang kenyataan dikeluarkan malam ini. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kediaman Rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini, berakhir selepas hampir dua jam berlangsung.
Mesyuarat berkenaan membincangkan mengenai perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan difahamkan turut menyentuh mengenai hubungan, serta cadangan kerjasama antara UMNO dan Pas.
Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO dilihat meninggalkan kawasan itu pukul 10.45 malam.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Difahamkan, antara yang turut hadir ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang juga Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, serta pimpinan kanan UMNO Pusat dan negeri yang lain.
Sebelum ini Mohamad berkata, UMNO berhasrat untuk bertanding di 42 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
Penantian pengamal media di kawasan itu untuk menemu bual pemimpin parti yang hadir mesyuarat berkenaan bagaimanapun tidak berhasil apabila tiada sebarang sidang atau kenyataan media dikeluarkan malam ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami