JOHOR BAHRU: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan jawatannya dalam gabungan itu berikutan kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Katanya, beliau akur dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh atas keputusan PRN kali ini.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara itu terserah kepada ahli serta pimpinan gabungan berkenaan yang membabitkan Bersatu, Pas dan Gerakan.
"Saya tiada masalah kalau mereka kata saya tak payah pegang lagi jawatan sebagai Pengerusi PN.
"Kalau mahu menyalahkan pada pengerusi, itu terserah pada parti. Tapi hakikatnya, kalau menang (pilihan raya) saya kena bertanggungjawab, kalau kalah pun saya kena bertanggungjawab.
"Saya bersedia (undur diri) bila-bila masa kalau ahli-ahli parti berbuat keputusan begitu.
"Kerana kedudukan saya itu atas persetujuan rakan-rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.
"Saya mengamalkan sistem demokrasi jadi hak memimpin bukan terletak pada saya tapi pada pimpinan parti dalam komponen PN," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama PN di Taman Scientex Utama, Senai di sini pada Sabtu.
KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI
SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
PRN Johor kali ini menyaksikan penguasaan Barisan Nasional (BN) apabila menang dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri baharu.
Sementara itu, PN pula hanya memenangi tiga kerusi iaitu DUN Endau, Maharani dan Bukit Kepong.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, walaupun terkilan dengan keputusan itu namun menghargai sokongan daripada rakyat hingga memenangi tiga kerusi itu.
Beliau berkata, PN akan membuat kaji selidik bagi mengesan punca tidak memenangi kerusi yang lebih besar pada pentas PRN Johor ini.
Muhammad Aiman Hakeem
Sat Mar 12 2022

Muhyiddin berkata, beliau akur dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab penuh dengan keputusan PRN kali ini. - Gambar/ Bernama
AWANI Pagi: Amplifying ASEAN Concert Opportunities
Music knows no borders and ASEAN’s concert scene is booming! Join us on ASEAN KITA with Live Nation’s Paramanathan Rajagopal as we explore exciting opportunities bringing Southeast Asia together through live entertainment.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

E-pembayaran catat peningkatan, transaksi e-pembayaran runcit terpilih cecah RM698.1 bilion pada 2024
E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1
Kesuma galak syarikat media buat caruman wartawan, jurufoto sambilan
Kementerian Sumber Manusia menggalakkan majikan media mencarum untuk petugas sambilan bagi melindungi keselamatan mereka. Setakat tahun lepas, 700 wartawan dan 500 jurugambar sambilan telah mencarum.
Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji Kanun Keseksaan
Kerajaan menubuhkan jawatankuasa untuk mengkaji dan memperbaharui Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah, dan Akta Keterangan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Tan Sri Harmindar Singh Dhaliwal.
Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Seorang pemandu kereta ditahan selepas merempuh penunggang motosikal yang berteduh di lorong kecemasan di Lebuhraya KL-Seremban.
Penduduk Jepun siap sedia hadapi kemungkinan letusan Gunung Fuji
Satu panel yang dilantik oleh kerajaan Jepun mengeluarkan laporan yang menggariskan langkah-langkah perlu diambil sekiranya berlaku letusan besar Gunung Fuji, yang boleh mengakibatkan penyebaran abu vulkanik dalam jumlah besar.
12 maut, 4 cedera dalam kemalangan van di Nuevo Leon, Mexico
Sebanyak 12 orang maut dan 4 lagi cedera selepas sebuah van terjunam ke dalam gaung sedalam 120 meter di Nuevo Leon, Mexico, sebelum terbakar dan mencetuskan kebakaran hutan. Beberapa mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala yang lain disahkan maut di hospital. Pihak berkuasa mengerahkan sebuah helikopter untuk membantu usaha memadamkan api yang merebak pantas di hutan kering, dengan kira-kira dua hektar kawasan hangus sebelum kebakaran berjaya dikawal.

'Yayasan Amal Malaysia terima dana USAID - fitnah jahat'
Mohd Razali berkata, YAM beroperasi secara bebas dengan berlandaskan prinsip ketelusan, integriti dan kebertanggungjawaban dalam setiap inisiatif.
Erdogan kecam protes penahanan Datuk Bandar Istanbul, tuduh sebagai ‘gerakan keganasan’
Penahanan Imamoglu mencetuskan protes terbesar di Turki dalam lebih sedekad. Erdogan menegaskan parti pembangkang akan dipertanggungjawabkan atas kecederaan polis dan kerosakan harta benda.
Hamas terbit video tebusan Israel di tengah ketegangan Gaza
Hamas menerbitkan video dua tebusan Israel, Elkana Bohbot dan Yosef-Haim Ohana, seminggu selepas rundingan gencatan senjata dengan Israel gagal. Video itu menunjukkan mereka merayu untuk dibebaskan sambil berbicara dengan bekas tebusan, Ohad Ben Ami.

UMNO Tenggara, Kluang 'drama' takut hilang undi - Fadhli Shaari
Ahmad Fadhli berkata, kenyataan dibuat hanya bertujuan mengurangkan risiko kehilangan ahli dan pengundi UMNO dalam PRN Johor nanti.

Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.

Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.

Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.