awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel, peneroka haram bakar kenderaan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Najib jangan ingat popular, orang cuma nak tengok 'perompak' - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/03/2022
06:38 MYT
PRN Johor: Najib jangan ingat popular, orang cuma nak tengok 'perompak' - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sewajarnya Najib berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai. - Gambar fail
SENAI: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diingatkan bahawa sambutan orang ramai sewaktu beliau turun berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, bukan kerana Ahli Parlimen Pekan itu popular, atau diterima rakyat kembali.
Sebaliknya, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka hanya ingin melihat bekas Presiden UMNO itu sendiri, selepas Najib dijatuhkan hukuman penjara kerana kesalahan berkaitan dana 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.
Muhyiddin berkata, sewajarnya Najib berasa malu untuk berhadapan dengan orang ramai, apatah lagi dengan keadaan beliau masih terpaksa turun naik ke mahkamah ekoran beberapa lagi kes yang masih dalam perbicaraan.
“Mereka hanya nak tengok dengan dekat, inikah ‘perompak’. Jangan andaikan ramai datang kerana suka, mereka hanya nak lihat 'inikah orang yang nak dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun, denda RM210 juta, inikah yang berulang alik turun ke mahkamah'.
“Ini satu perkara yang amat memalukan. Jadi kalau ramai keluar, (mungkin) dia (Najib) rasa seronok, tapi sepatutnya dia ada rasa malu,” katanya lagi.
Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sambutan rakyat Johor terhadap Najib, terutama sekali masyarakat Cina, yang pada pilihan raya umum lepas menolak UMNO dan Barisan Nasional.
Najib, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, telah menggandakan usahanya turun di hampir setiap kawasan di Johor, dalam usaha memastikan parti itu kembali mendapat mandat.
Sambutan yang diterima oleh bekas Perdana Menteri itu disifatkan positif, sehingga ada yang menganggap beliau antara faktor yang akan membolehkan BN dan UMNO membentuk kerajaan baharu.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#kempen politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan