awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: PBM pastikan calonnya lulus ujian antirasuah

Bernama
Bernama
13/02/2022
05:31 MYT
PRN Johor: PBM pastikan calonnya lulus ujian antirasuah
Ianya selaras dengan aspirasi pengundi yang mahukan pemimpin bersih dan bertanggungjawab, selain arahan parti itu juga seiring enam teras digariskan #RasuahBusters.
JOHOR BAHRU: Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan memastikan calonnya bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, lulus Ujian Psikometrik Anti-Rasuah (RBTAG) seperti yang disyorkan #RasuahBusters.
Timbalan Presiden PBM Haniza Mohamed Talha berkata ini selaras dengan aspirasi pengundi yang mahukan pemimpin bersih dan bertanggungjawab, selain arahan parti itu juga seiring enam teras digariskan #RasuahBusters.
"Johor akan menjadi pilihan raya pertama PBM dan kami mahu calon kami bersih dan bebas rasuah, supaya mereka boleh menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sekiranya mereka menang," kata beliau dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Haniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya berkata langkah itu, bukan sahaja dapat meningkatkan integriti semua calon yang berpotensi, tetapi juga membantu mewujudkan pemimpin yang lebih baik.
Pada Khamis lepas, Ketua Penerangan PBM Zakaria Abdul Hamid dilaporkan berkata parti itu akan bertanding dua kerusi pada PRN itu, yang akan diumumkan sebelum hari penamaan calon nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi PRN Johor dengan penamaan calon pada 26 Feb, manakala pengundian awal pada 8 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#PBM
#Rasuah Buster
#Haniza Mohamed Talha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan