Skip to main content

Politik

PRN Johor: Perantau Singapura pacu kemenangan BN - IRIS Institute

KULAI, 2 Julai -- Deretan bendera parti yang memenuhi laluan utama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu (N.51) mewarnai suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16, hari ini._BERNAMA
PRN Johor ke-16 pada 11 Julai 2026 telah menyaksikan BN mengukuhkan hegemoni politiknya dengan kemenangan yang tidak dicabar. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kepulangan besar-besaran dianggarkan antara 250,000 hingga 400,000 perantau dari Singapura dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026, Sabtu lalu.

Menurut nota penyelidikan Institut IRIS yang diterbitkan pada Isnin, kelonggaran pergerakan rentas sempadan selepas pemansuhan sekatan COVID-19 telah mendorong peningkatan ketara kehadiran pengundi.

Ini khususnya merujuk kepada kawasan sempadan dan selatan Johor yang sebelum ini dianggap sebagai kubu Pakatan Harapan (PH).

"PRN 2026 mencatatkan kadar kehadiran 68.73 peratus, peningkatan sebanyak 13.83 mata peratusan berbanding PRN 2022 (54.9 peratus).

"Berbeza dengan konvensyen politik tradisional di mana kehadiran tinggi sering dianggap menguntungkan PH, PRN kali ini membuktikan sebaliknya melalui 'anomali statistik' yang memihak kepada BN," ujarnya dalam laporan tersebut.

Menurut laporan itu, lonjakan kadar keluar mengundi didorong oleh mobilisasi pengundi Melayu yang jauh lebih tinggi, iaitu meningkat 17.3 mata peratusan di kawasan majoriti Melayu, berbanding hanya 5.6 mata peratusan di kawasan majoriti Cina.

Untuk rekod, PRN Johor ke-16 pada 11 Julai 2026 telah menyaksikan BN mengukuhkan hegemoni politiknya dengan kemenangan yang tidak dicabar.

BN berjaya menyapu bersih 48 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH terperosok ke paras 8 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) pula mengalami keruntuhan total dengan gagal memenangi sebarang kerusi.

Pencapaian ini merupakan prestasi terbaik BN di Johor pasca-PRU 2018, menandakan penolakan besar-besaran terhadap naratif nasional pembangkang dan kembalinya Johor sebagai kubu paling kukuh BN di Semenanjung Malaysia.

Must Watch Video

Advertisement