BATU PAHAT: Tiga teras utama ditetapkan dalam Tawaran Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat Johor dalam tempoh lima tahun akan datang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Ia masing-masing melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah.
Menurut Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan manifesto yang diumumkan oleh PH menekankan kepada kepentingan rakyat, berbanding pemimpin politik.
Turut hadir pada pengumuman tersebut ialah Pengerusi Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Menerusi teras membina semula ekonomi rakyat, antara Tawaran Tindakan (TT) yang dikemukakan ialah mengusahakan pembukaan penuh sempadan Johor-Singapura dengan kaedah TEST dan RELEASE, tanpa kuarantin dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM).
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Turut ditawarkan dalam teras tersebut ialah memberikan modal awalan RM5,000 hingga RM10,000 kepada usahawan muda yang berpotensi dengan penekanan kepada sektor pertanian moden, e-dagang, robotik dan pelbagai sektor penting di Johor.
Ia merangkumi 14 TT, yang boleh dimanfaatkan oleh semua pengundi di Johor.
Bagi menjamin kesejahteraan rakyat pula, sebanyak 12 TT disenaraikan antaranya bayaran pendahuluan motosikal untuk pembelian kenderaan motosikal kepada B40 yang terpilih di setiap daerah bagi kegunaan kerja, dengan pembayaran sebanyak 10 peratus.
Sementara bagi teras ketiga, sebanyak 10 TT akan dilaksanakan termasuk melibatkan enakmen Anti-Lompat Parti.
Selain itu, menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan mengkaji impak penambahan pengundi 18 tahun dan pengundi automatik serta akan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan dan DUN Johor.
Hasimi Muhamad
Fri Mar 04 2022
Tiga teras utama Tawaran Pakatan Harapan melibatkan teras membina semula ekonomi rakyat; menjamin kesejahteraan rakyat; serta mewujudkan pentadbiran bersih, cekap dan bermaruah. - Foto Astro AWANI
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
PH Perak umum cuti 10, 11 Mei jika menang
Ahmad Faizul Azumu berkata, ia sebagai menghargai pengorbanan pengundi-pengundi yang menunaikan tanggungjawab mereka khususnya anak perantauan.