awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Tiada isu untuk Amanah letak calon muda - Mahfuz Omar

Hilmi Malik
Hilmi Malik
02/03/2022
07:56 MYT
PRN Johor: Tiada isu untuk Amanah letak calon muda - Mahfuz Omar
Mahfuz yakin Fakrulradzi mampu mendalami permasalahan dan keluhan penduduk di Endau. - Astro AWANI
MERSING : Soal meletakkan calon muda dan baharu dari Pakatan Harapan bukanlah masalah besar buat parti untuk bertanding di DUN Endau, kata Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar.
Tegasnya, calon yang merujuk kepada Mohamad Fakrulradzi Mahmud, 32, yang diletakkan di kawasan itu merupakan individu yang telah lama berkhidmat kepada rakyat khususnya di Endau.
“Dia (Fakrulradzi) memang baru dari sudut calon tapi dari segi perkhidmatan sosial dan kebajikan, dia memang dah biasa dengan rakyat di kawasan kelahirannya.
“Saya yakin dia mampu mendalami permasalahan dan keluhan penduduk di Endau yang saya kira tiada penyelesaian sehingga ketika ini,” katanya ketika ditemui ditemui di Ceramah Umum Pakatan Harapan (PH) di Endau pada malam Selasa.
Mahfuz berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan PH yang meletakkan calon termuda daripada PH untuk bertanding di DUN Endau.
Justeru katanya, apa yang telah dilalui calon tersebut sebelum ini, beliau yakin isu tersebut bukan menjadi penghalang buat calon itu untuk merebut kerusi tersebut.
“Dengan berbekalkan pengalaman saya rasa dia (Fakrulradzi) sedia untuk bersaing dengan calon gergasi dan berpengalaman kali ini,” katanya lagi.
Ditanya mengenai potensi anak muda, Ahli Parlimen Pokok Sen itu berkata, beliau percaya suara anak muda ketika ini semakin vokal selain mempunyai maklumat yang lengkap.
“Anak muda jangan lepaskan peluang untuk mengundi kali pertama kerana golongan itu juga mampu tentukan arah tuju negara ini.
“Saya dah jelajah hampir semua kawasan di Johor dan melihat trend generasi lama juga telah mula tolak UMNO dan PN akibat kecewa dengan permainan politik tidak sihat dan jijik,” ujarnya lagi.
Mengulas lanjut, Mahfuz menyatakan partinya telah membuat pilihan yang terbaik hasil perbincangan akar umbi dan menolak dakwaan kononnya parti meletakkan calon ‘tangkap muat’.
Topic Berkaitan
#Mahfuz Omar
#Amanah
#PRN Johor
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan