ALOR SETAR: Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah mempunyai perancangan dan strategi dalam usaha mengambil alih pentadbiran negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Menurut beliau, ia termasuk persiapan kedua-dua parti itu dalam proses perbincangan pembahagian kerusi di 36 Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi memastikan agenda utama membabitkan kerjasama berkenaan dicapai.
Sehubungan itu, jelasnya Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri telah membentuk beberapa jawatankuasa seperti Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pilihan Raya, Jawatankuasa Komunikasi Strategik dan Jawatankuasa Manifesto.
"(Saya nak maklumkan kepada Menteri Besar Kedah), kita pun bukan batang pisang sampai mereka sasar menang 33 DUN, kita pun ada kita punya perkiraan, taktikal serta strategi.
"Macam mana hendak pergi (di dalam PRN akan datang), di mana kawasan jumlah undi Melayu lebih, (kawasan) bukan Melayu, semua (sudah) ada dalam perkiraan dan data (kita), (maka) boleh buat calculation based on that," katanya.
Mahdzir berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar.
Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu berkemampuan untuk memenangi 33 kerusi DUN pada PRN akan datang.
Jangkaan berkenaan jelas beliau dibuat berdasarkan keputusan yang diperoleh di 15 kerusi Parlimen didalam Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang menyaksikan PN menang 14 daripadanya.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa adalah lebih baik kerajaan negeri yang dipilih kelak selari dengan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat Pusat.
"Saya kira macam ini, (kalau tidak selari), yang rugi (adalah) rakyat, (ini kerana) kerajaan (Perpaduan sudah) ada (di Peringkat Pusat),
"(Berbeza ketika) waktu PRU15, saya tidak salahkan rakyat, waktu itu ada perlumbaan untuk tubuhkan kerajaan, either you go for PN, PH or BN, ada tiga kelompok hendak tubuh kerajaan, finally PH-BN form the government, maka ada kerajaan di situ, jadi (ketika ini) Kedah sudah jadi opposition kepada Putrajaya.
"Tetapi dalam urusan (selepas PRN kelak) lebih baik kalau (kerajaan yang) sama di antara Putrajaya dengan Alor Setar," katanya.
Semalam, Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menyatakan bahawa parti itu dan Barisan Nasional (BN) bersetuju semua kerusi penyandang kekal kepada parti yang menang pada PRU14 dalam menghadapi PRN di enam negeri kelak.
Katanya, kata sepakat itu dicapai menerusi perbincangan awal membabitkan pembahagian kerusi untuk PH dan BN pada PRN, baru-baru ini.
Tambahnya, perbincangan peringkat negeri sudah dijalankan di Selangor dan Kedah manakala bagi Pulau Pinang dan Negeri Sembilan dijadualkan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, menzahirkan keyakinan bahawa kerjasama PH dan BN mampu untuk menawan negeri itu.
Bagaimanapun, beliau menyatakan kedua-dua pihak akan meletakkan sasaran kerusi yang akan dimenangi selepas Program Perbincangan Meja Bulat membabitkan BN dan PH Kedah, 17 April depan.
Tambah Pengerusi PH Kedah itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa gabungan kedua-dua parti berkenaan juga mampu untuk memenangi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada keseluruhan 36 kerusi DUN di Kedah.
Abd Hadi Che Awang
Sun Apr 09 2023

Mahdzir mempengerusi Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar. - Gambar/ Astro AWANI

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.
Filipina teliti tindakan undang-undang terhadap China
Filipina meneliti tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadap China diatas kerosakan teruk terumbu karang di kepulauan Spratly yang merupakan wilayah maritim yang dipertikaikan.
10 Berita Pilihan - (22 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MIC, Makkal Sakti berkerjasama tubuh sekretariat tangani isu kaum India
Satu Sekretariat yang diterajui MIC bersama Makkal Sakti akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi menangani isu berkaitan agenda pembangunan dan kesejahteraan masyarakat India.
Tiada persengketaan antara MIC-Makkal Sakti
Tan Sri S.A. Vigneswaran menegaskan tidak ada sebarang persengketaan antara kedua-dua parti itu. Justeru beliau berharap kerjasama itu akan diterima baik di semua peringkat akar umbi.

"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.

Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
![[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu [RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691850363_MahfuzOmar.jpg)
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.

PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.

PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.

PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

PRN Kedah: Terkejut tak dapat mengundi, nama telah digunakan
Seorang wanita membuat laporan polis selepas dia tidak dapat mengundi kerana namanya didaftar sudah mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah pada Sabtu.