awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Kedah: Sanusi terus pertahan Jeneri

Hilmi Malik
Hilmi Malik
26/07/2023
15:00 MYT
PRN Kedah: Sanusi terus pertahan Jeneri
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 , Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan jumlah majoriti sebanyak 2,455 undi. - Gambar fail
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus mempertahankan kerusinya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman Calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu malam.
Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) bakal berdepan pencabar utamanya daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Ketua UMNO Bahagian Sik, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim 12 Ogos ini.
PN sebelum ini telah sebulat suara menamakan Muhammad Sanusi sebagai calon Menteri Besar Kedah sekiranya parti itu berjaya mengekalkan kuasanya di Kedah.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Muhammad Sanusi menang kerusi DUN Jeneri dengan majoriti sebanyak 2,455 undi.
Beliau menewaskan pesaingnya ketika itu, Mahadzir Abdul Hamid (BN-UMNO) dan Mohd Nazri Abu Hassan (PH-PPBM).
Nama Muhammad Sanusi baru-baru ini kerap menjadi kontroversi selepas dikatakan begitu lantang bersuara tanpa memelihara sensitiviti.
Malah beliau juga berdepan tuduhan di mahkamah mengikut Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan, mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam ceramah politik, pada awal bulan lalu.
Topic Berkaitan
#PRN Kedah
#sanusi
#DUN Jeneri
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan