awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump jemput Presiden Colombia ke White House selepas ancam operasi ketenteraan
Nubhan tak hadir, proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian gagal
WhatsApp tambah ciri tag nama dalam kumpulan dan peringatan acara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Kemenangan parti komponen Kerajaan Perpaduan penting demi kestabilan

Astro Awani
Astro Awani
17/01/2023
05:19 MYT
PRN: Kemenangan parti komponen Kerajaan Perpaduan penting demi kestabilan
Menurut Kor Ming, PRN yang akan diadakan bagi memastikan politik negara terus stabil, dan dengan itu kemenangan PH dan parti komponen Kerajaan Perpaduan dijadikan kayu ukur supaya negara Malaysia mempunyai kestabilan politik. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kemenangan parti komponen yang membentuk Kerajaan Perpaduan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang adalah penting untuk memastikan situasi politik negara adalah stabil.
Menurut Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Nga Kor Ming, DAP bersedia untuk melakukan perbincangan dengan semua parti komponen Kerajaan Perpaduan termasuk Barisan Nasional (BN) dalam usaha memenangi enam PRN terbabit.
"PRN ini memang sangat penting untuk memastikan politik negara kita terus stabil, oleh kerana itu kemenangan PH dan parti-parti komponen Kerajaan Perpaduan dijadikan satu kayu ukur supaya negara kita boleh terus mempunyai kestabilan politik.
"Tanpa kestabilan, ekonomi (negara) tidak dapat dibangunkan dan rakyat tidak dapat mengecapi atau menikmati hasil daripada perancangan rapi yang sedang dilakukan ini.
"Oleh kerana itu, bagi pihak DAP, kami akan bincangkan dengan semua pihak terlibat untuk memastikan kemenangan dan meyakini dan memenangi hati rakyat," katanya ketika ditemui di Astro AWANI, di sini, pada Selasa.
Perbincangan mengenai tarikh PRN Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang giat dibincangkan dan ada ura-ura mengatakan ia akan berlangsung sama ada pada Mac, Julai atau Ogos.
Sementara itu, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, gabungan parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan adalah pilihan terbaik untuk mengemudi negara terus ke hadapan.
Mengimbas polemik politik negara untuk lima tahun lepas, Kor Ming menyatakan Malaysia tidak dapat bergerak disebabkan gelora politik yang tidak berkesudahan sekaligus menjejaskan banyak perkara termasuk kemasukan pelabur, ekonomi dan pembangunan.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Nga Kor Ming
#DAP
#pilihan raya negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan