awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah - Menteri Agama

Bernama
Bernama
30/07/2023
06:55 MYT
PRN: Kempen secara beradab, elak menghina, fitnah - Menteri Agama
Mohd Na'im (tiga, kiri) menyampaikan replika kunci rumah dan bantuan kewangan perniagaan kepada Norazman Yang Hazali (lima, kanan) pada Sesi Penyerahan Program MyHAUS dan Program Sinar Kasih YYaPEIM di sini hari ini. - Foto BERNAMA
TAIPING: Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dinasihatkan agar menjaga adab dan mengelak menghina orang lain ketika berkempen, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Beliau berkata mereka juga perlu menjauhkan perbuatan memfitnah ketika berkempen apatah lagi perbuatan yang boleh memecah-belahkan perpaduan negara ini.
"Allah sendiri mengharamkan mana-mana pihak menghina kaum dan manusia yang lain. Dalam konteks ini (PRN) calon-calon boleh berbeza pendapat, politik dan ideologi namun perlu menjauhkan perbuatan menghina dan memecah-belahkan kaum negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas simbolik penyerahan bantuan perumahan Inpsirasiku MyHaus di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini hari ini.
Katanya para calon sebaliknya perlu menumpukan terhadap polisi dan dasar yang ditawarkan kepada pengundi dan memastikan ia dipenuhi untuk kesejahteraan rakyat.
Semalam menyaksikan penamaan calon 245 kerusi bagi PRN Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu yang menandakan bermulanya kempen sehingga menjelang hari pengundian yang ditetapkan pada 12 Ogos depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#kempen beradab
#Menteri Agama
#Mohd Na'im Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan