PRN Melaka: Beberapa penyandang kerusi DUN DAP mungkin gugur

Firdaus Azil
November 3, 2021 05:36 MYT
Beberapa perubahan dijangka akan berlaku dalam kalangan calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri Melaka ini, kata Setiausaha DAP Melaka, Damien Yeo Shen Li. - Foto Astro AWANI
MELAKA TENGAH: Beberapa perubahan dijangka akan berlaku dalam kalangan calon DAP bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti, kata Setiausaha DAP Melaka, Damien Yeo Shen Li.
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu berkata, berkemungkinan ada nama-nama baharu akan diletakkan sebagai calon, dan ada juga kemungkinan pertukaran kerusi antara calon.
Namun, tegas peguam itu lagi, senarai yang dikemukakan DAP Melaka itu akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP selepas perayaan Deepavali, dan akan diumumkan oleh Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng kemudian.
“Mungkin ada penyandang kerusi yang akan digugurkan, mungkin ada yang tidak mahu bertanding. Semua itu adalah kemungkinan… tetapi apa-apa pun kita serahkan kepada pucuk pimpinan DAP Pusat untuk tentukan.
“Dan memang ketika ini kerusi Pengkalan Batu sudah kosong, jadi mungkin ada ADUN DAP akan pergi ke sana untuk bertanding. Bukan semua dikatakan, mungkin Datuk Tey (Pengerusi DAP Melaka Datuk Tey Kok Kiew) pergi tempat lain. Mungkin saya pergi ke Pengkalan Batu,” katanya lagi.

#PRNMelaka: There could be new faces, or switching seats among DAP candidates, said @babayeo of Duyong seat. The list would be finalised and announced by party Sec-Gen after Deepavali. #MelakaMemilih pic.twitter.com/76krwHEOxZ

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) November 3, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Menara Persekutuan selepas selesai membeli borang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sempena PRN Melaka akan datang.
Pada PRU lepas, DAP kekal memenangi lapan kerusi yang ditandingi – Gadek, Pengkalan Batu, Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Bandar Hilir, dan Bemban.
Namun, pada Mac 2020, ADUN Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee bertindak keluar DAP, dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional, menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Adly Zahari tumbang.
Dalam pada itu, Kok Kiew, antara nama yang disebut-sebut akan digugur, atau ditukar kerusi DUN, ekoran perselisihan faham dengan pucuk pimpinan DAP dalam beberapa isu.
Selain itu, beliau juga telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin DAP Pusat kerana menerima Darjah Kebesaran Melaka yang membawa gelaran Datuk pada 2018, sekali gus bertentangan dengan prinsip parti itu untuk tidak membenarkan ahlinya menerima darjah kebesaran selagi masih berkhidmat.
Mengulas mengenai kemungkinan pertandingan melebihi dua penjuru, susulan beberapa kerusi melibatkan pertembungan antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), dan Pakatan Harapan (PH), Yeo berkata mereka bersedia untuk menghadapinya.
I can’t say tentang Parti Amanah Negara (Amanah) atau PKR, tapi whatever it is, Pakatan Harapan kita tetap bersatu, kita dah selesai isu logo, kerusi dan sebagainya. Kita bergerak sebagai satu.
“Calon Ketua Menteri pun sudah ada. Adly Zahari mengetuai Jentera PRN (PH) ini. Dua penjuru ke, tiga penjuru ke, berapa penjuru sekali pun PH tetap bersedia. Kita fokus menangkan parti,” katanya lagi.
#PRN Melaka #DAP Melaka #Damien Yeo #calon DAP