awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ifa Raziah menangis berpisah dengan pembantu rumah, anggap seperti keluarga
Program Sunat Perdana bawa kanak-kanak naik beca, tonjol warisan negeri
Keputusan kes 1MDB: Reformasi institusi perlu diteruskan - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/11/2021
05:59 MYT
PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000
Notis penutupan dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu. - Astro AWANI
TELOK MAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.
Mengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.
Selain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Datuk Rafiq Naizamohideen.
Sementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenalpasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.
Selain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat SOP yang dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” menurut notis itu lagi.
Topic Berkaitan
#notis penutupan
#COVID-19
#kompaun
#alat pengesan suhu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan