awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: BN perkenal lima teras, 103 inisiatif

Fareez Azman
Fareez Azman
10/11/2021
08:30 MYT
PRN Melaka: BN perkenal lima teras, 103 inisiatif
Menurut Mohamad Hasan, ini merupakan manifesto dan aku janji untuk kita berikan suatu janji kita kepada rakyat Melaka bahawa tidak akan ada kemakmuran jika tiada kestabilan. - Gambar fail
AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) menampilkan lima teras utama dalam manifesto parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut Pengarah Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hassan, manifesto dan aku janji BN itu perlu dicapai dalam tempoh 100 hari, jangka sederhana dan jangka panjang demi memastikan kemakmuran dan kestabilan rakyat khususnya di Melaka.
Lima teras manifesto itu merangkumi 103 inisiatif yang melibatkan pembangunan sektor pertanian, industri pelancongan, sokongan sosial komuniti, tadbir urus kerajaan dan pembangunan masyarakat Orang Asli.
"Ini merupakan manifesto dan aku janji untuk kita berikan suatu janji kita kepada rakyat Melaka bahawa tidak akan ada kemakmuran jika tiada kestabilan.
"Kestabilan kunci utama apa sahaja kita lakukan,, kestabilan menjadikan kerajaan memberikan fokus mensejahterakan dan makmurkan rakyat dengan cara membangunkan negeri tersusun dan teratur," jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan manifesto BN PRN Melaka 2021, di sini pada Rabu.
Terdahulu, dalam pelancaran manifesto BN, Mohamad Hasan turut mengumumkan cadangan meminda Perlembagaan Negeri atas dasar kematangan politik.
Ia bagi tujuan melantik lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan termasuk dari kalangan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membuka ruang dan perspektif persidangan DUN di luar ruang lingkup politik.
Langkah itu sekali gus membolehkan pelantikan ADUN dalam kalangan belia dan NGO dan ia menggambarkan kesediaan kerajaan BN untuk mendengar suara dari semua pihak dan perspektif.
Topic Berkaitan
#Mohamad Hassan
#Manifesto Barisan Nasional
#PRN Melaka
#kestabilan kerajaan Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan