MASJID TANAH: Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengimbas kenangan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jeram di sini, ketika membuang undi pada pagi Sabtu.
Menurut Ab Rauf, sebaik melangkah ke sekolah berkenaan, semangatnya untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat terus membara.
“Ia menaikkan semula semangat sewaktu saya kecil dulu bersekolah di sekolah ini pada tahun 1967 ketika darjah satu.
“Suasana sekolah ini (dahulunya) tidaklah seperti sebaik ini. Kita beratap nipah berlantaikan tanah tapi hari ini sekolah ini telah menjadi salah satu sekolah terbaik dalam kawasan ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada Astro AWANI ketika ditemui sebaik selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Jeram.
Sebagai menghargai jasa kerajaan dalam memberi pendidikan awal kepada anak yang membesar di desa, Ab Rauf berkata, sudah tiba masanya beliau membalas kembali usaha pihak berwajib.
“Kita harus menghargai segala jasa yang telah dibuat oleh kerajaan bagi membantu anak-anak kampung dapat belajar dengan selesa.
“Jadi semangat saya hari ini mengingatkan kembali apa yang telah diperolehi daripada pendidikan awal di sekolah ini… saya akan kembali berkhidmat bersama dengan masyarakat di Tanjung Bidara khususnya di Masjid Tanah,” jelasnya.
Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dicalonkan bagi merebut kerusi DUN N.02 Tanjung Bidara dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau bakal bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan calon Pakatan Harapan (PH), Zainal Hassan.
Fareez Azman
Sat Nov 20 2021
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menunjukkan jari yang telah dicelup dakwat selepas mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Jeram bagi Pilihan Raya Umum Melaka hari ini. - Gambar BERNAMA
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Peningkatan IHPR beri petanda positif kepada perdagangan
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, prestasi Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Pengeluaran Tempatan Malaysia yang meningkat pada Februari 2024 menyifatkan pertumbuhan perdagangan berada di tahap yang baik.
Jangan ambil tindakan sendiri, Malaysia ada undang-undang - KPN
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memberi amaran dan peringatan keras kepada orang ramai untuk tidak mengambil tindakan sendiri.
TMM2024: Kedatangan pelancong bertambah dalam tempoh tiga bulan
Peningkatan bil utiliti di hotel-hotel seluruh Melaka dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, merupakan antara indikator menunjukkan pertambahan kedatangan pelancong.
Isu stoking: 'Akmal wakili suara umat Islam' - Ab Rauf
Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyifatkan kelantangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang juga Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung kontroversi stoking yang tertera kalimah Allah SWT mempunyai asas yang konkrit.
Melaka sumbang RM100,000 bantu Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah 2024
Konvoi jelajah membabitkan 20 peserta itu dijangka mengambil masa kira-kira 100 hari untuk sampai ke Mekah.
Melaka rai Bulan Pelancongan Islam sepanjang Ramadan sempena TMM2024
Lebih 400 program keagamaan disusun hampir setiap hari sepanjang Bulan Pelancongan Islam bagi menarik penyertaan orang ramai.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
Melaka mohon kelulusan pengisian penjawat awam
Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan mempertimbangkan agar pengisian perjawatan tetap sehingga mencapai siling yang ditetapkan iaitu 92 peratus diluluskan.
Melaka cadang pembinaan IPD Melaka Tengah, Balai Polis Ayer Keroh bernilai RM300 juta
Kerajaan negeri mencadangkan pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Balai Polis Ayer Keroh berikutan kekangan agensi keselamatan itu untuk beroperasi di bangunan sedia ada.
Ribuan rai kehadiran PM di Jonker Walk
Anwar diraikan dengan persembahan naga yang telah mencipta nama dalam Malaysia Book Of Record baru-baru ini, sebagai naga terpanjang.
Melaka terima RM10 juta sebagai dana tambahan perkasa TVET - PM Anwar
Dana berkenaan boleh digunakan oleh institusi TVET untuk bekerjasama dengan penggiat industri.
Ahli Majlis PBT Melaka dinilai melalui Laporan Penilaian Prestasi Bulanan - Ab Rauf
Ia bagi memperkasa perkhidmatan Ahli Majlis yang menjadi penghubung dalam menyelesaikan permasalahan rakyat di bawah bidang kuasa PBT.