SEREMBAN: Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) yang akan membuat penampilan kali pertama dalam pilihan raya dengan mengetengahkan seorang calon anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Parti itu mempertaruhkan Ketua Cawangan Machap Jaya, Abdul Aziz Osani Kasim, 52, seorang ahli perniagaan di negeri itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.
Presiden parti itu, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak berkata Abdul Aziz dipilih kerana hubungan rapatnya dengan penduduk di kawasan itu selain sudah lama berkecimpung dengan aktiviti khidmat masyarakat dan kerja kebajikan selama lebih 30 tahun.
"Beliau adalah anak tempatan dan memang sudah lama tinggal di situ, jadi dia tahu apa masalah yang di alami penduduk, kalau letak orang luar mereka mesti tidak tahu masalah di Machap Jaya, jadi susahlah.
Kami harap pengundi di kawasan N.08 Machap Jaya akan membuat pilihan yang tepat dengan memilih Abdul Aziz sebagai wakil bagi memperjuangkan isu-isu tempatan dan membantu warga Machap Jaya dalam pelbagai aspek," katanya pada sidang media ketika mengumumkan calon parti itu di sini, hari ini.
IMAN sebelum ini dikenali Parti India Muslim Bersatu Malaysia (PIBM) yang ditubuhkan pada 2019 dan pada September tahun lepas, PIBM meminda perlembagaan parti dengan menukar nama kepada IMAN.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada esok dan undi awal pada 16 Nov ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 07 2021
IMAN mempertaruhkan Ketua Cawangan Machap Jaya, Abdul Aziz Osani Kasim (kiri) seorang ahli perniagaan di negeri itu yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya. - Foto BERNAMA
Sanusi cadang PN ketengah calon Melayu di Kuala Kubu Baharu
Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan beliau akan membawa cadangan supaya gabungan itu mempertaruhkan calon Melayu bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Perkembangan semasa letusan Gunung Ruang
Ketua Biro Kompas TV Manado, Susan Margaret membawakan perkembangan terkini letusan Gunung Ruang di Indonesia.
Sanusi kahwin lagi: Antara 'dok pahang' dengan duduk di Pahang
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor maklumkan kapsyen bertulis 'dok pahang' yang dimuatnaik dalam akaun Facebook miliknya beberapa hari lepas membabitkan saranan berkahwin pada bula Syawal membawa maksud tidak faham.
Johor jadi negeri paling maju dalam dua tahun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh dua tahun susulan pelaksanaan dua zon ekonomi khas di negeri itu.
Kutipan awal filem Sheriff: Narko Integriti cecah lebih RM1 juta
Syafiq yang dilabel sebagai ‘Raja Plot Twist’ oleh penggemar filem di Malaysia pastinya tidak akan menghampakan penonton dengan jalan cerita yang penuh teka-teki.
[TERKINI] Peserta Freedom Flotilla to Gaza dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua 19 peserta dari Malaysia yang menyertai misi Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla tiba di Istanbul, Turki.
Gempur 745: Penyeludupan yang diwarisi turun temurun
Razarudin berkata, berdasarkan maklumat dan siasatan awal, senjata api yang diperoleh dari negara jiran Thailand itu dijual kepada suspek dengan harga lebih RM10,000 bagi sepucuk pistol.
Beliau berkata, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur, menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.
Beliau berkata, kelompongan di kawasan pintu masuk sempadan negara di Pantai Timur, menjadi punca senjata api berkenaan mudah lolos sebelum sampai ke tangan Shalom.
Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Seramai 1,000 peserta telah dipilih termasuk 20 orang daripada Malaysia terdiri daripada pengamal media, doktor dan aktivis kemanusiaan.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
AWANI Borneo [18/04/2024] – Letusan Gunung Ruang | AirAsia tawar perubahan penerbangan | Draf MoU bakal dirangka
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
#AWANIBorneo 12 April 2024
Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia sahkan kualiti udara Sabah, Sarawak masih selamat
AirAsia kembali aktifkan beberapa penerbangan
Kerajaan secara dasar setuju salur peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
#AWANInews
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.