awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Pulau Pinang perlu beralih daripada model kos rendah untuk kekalkan daya saing global
POLITIK
PRN Sabah: PH, BN kini pada peringkat akhir rundingan - Asyraf Wajdi
MALAYSIA
Projek empangan sabo di Baling siap lebih awal, atasi isu banjir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRN Melaka: Kenangan bantu ibu jual nasi lemak dorong Bilal bantu orang susah

Bernama
Bernama
18/11/2021
04:32 MYT
Sponsor Banner
PRN Melaka: Kenangan bantu ibu jual nasi lemak dorong Bilal bantu orang susah
Ahmad Bilal Rahudin yang berkelulusan Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman merupakan calon Pas paling muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
MELAKA: Pengalaman membantu ibu berniaga nasi lemak dan kuih-muih untuk membesarkan 11 adik-beradik sangat menyentuh hati dan tidak pernah luput daripada ingatan calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ahmad Bilal Rahudin.
Malah setiap kali menyingkap kisah itu, Ahmad Bilal, 38, yang mesra dipanggil Bilal dalam kalangan penduduk berkata, ia mendorong dirinya untuk membantu penduduk terutama yang berada dalam kemiskinan.
"Saya lahir dalam keluarga susah, ibu menjual nasi lemak dan kuih-muih untuk membantu arwah ayah mencari rezeki keluarga. Saya masih ingat saya kutip kelapa pada sebelah petang untuk dimasak nasi lemak bagi jualan esok, seawal 4 pagi saya sudah bangun.
"Ia amat terkesan dalam diri saya, apabila lihat orang susah saya akan teringat kembali dan itulah semangat saya untuk membantu mereka," katanya dalam video yang dimuat naik menerusi Facebooknya di sini hari ini.
Ahmad Bilal yang dilahirkan di Kampung Umbai dalam DUN Serkam dan berkelulusan Universiti Yamaniah, Sana'a, Yaman merupakan calon Pas paling muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu menawarkan sembilan inisiatif untuk rakyat Serkam pada PRN berkenaan jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
Antaranya mengoptimumkan hasil pertanian dan perikanan serta hasil industri hiliran, menyediakan bantuan untuk nelayan berdaftar, dana khusus memperkasa koperasi usahawan wanita, menaik taraf sistem saliran banjir dengan melaksanakan pelan pencegahan bencana banjir dan memperkasa perkhidmatan bekalan air bersih dan meningkatkan infrastruktur kawasan khas Wi-Fi secara percuma.
Menggunakan slogan 'Nafas Baru Serkam', Ahmad Bilal pernah bertanding sebagai calon Pas di DUN sama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan berdepan pertandingan tiga penjuru berbanding empat penjuru dalam PRN Melaka.
Pada PRN kali ini, Ahmad Bilal berdepan dengan penyandang DUN itu Datuk Zaidi Attan dari Barisan Nasional (BN), Norazlanshah Hazali (Bebas) dan Muhammad Khomeini Kamal (PH).
Pada PRU14 Zaidi memenangi kerusi DUN Serkam dengan majoriti 2,737. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Ahmad Bilal Rahudin
#Perikatan Nasional
#DUN Serkam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami