Skip to main content

Politik

PRN Melaka: Kerjasama PN-BN hampir capai persefahaman - Takiyuddin

KOTA BHARU, 7 Nov -- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen P21 Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika sidang media sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kota Bharu hari ini.  Setiausaha Agung PAS itu akan menghadapi saingan enam penjuru di kerusi Parlimen Kota Bharu. Beliau akan ditentang oleh Dr Hafidzah Mustakim dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Rosmadi Ismail (Barisan Nasional), Andy Tan @ Awang (Parti Rakyat Malaysia), Datuk Dr Che Musa Che Omar (Putra) dan
Takiyuddin berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat bersama yang akan diadakan antara pimpinan kedua-dua gabungan. - Foto fail/BERNAMA
Advertisement

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) semakin hampir mencapai persefahaman untuk bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perbincangan awal antara kedua-dua pihak menerima maklum balas yang baik daripada BN, namun bentuk kerjasama termasuk pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih belum dimuktamadkan.

Menurut beliau, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat bersama yang akan diadakan antara pimpinan kedua-dua gabungan.

“Setakat ini respons yang diterima adalah positif. Bagaimanapun, soal bentuk kerjasama dan pembahagian kerusi akan diperincikan dalam perbincangan seterusnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah berkaitan Rang Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berasingan, Takiyuddin mengesahkan beliau telah memberi keterangan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selama kira-kira empat jam pada Jumaat lalu berhubung aduan yang dikemukakan oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata siasatan itu berkaitan dakwaan bahawa Bersatu tidak dijemput menyertai mesyuarat PN pada 16 Julai lalu yang membincangkan kemungkinan kerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan.

Menurutnya, keputusan untuk tidak menjemput Bersatu dibuat berdasarkan pendirian parti itu yang lebih awal mengumumkan hasrat untuk bertanding 25 kerusi menggunakan logo sendiri.

“Dalam mesyuarat itu kita membincangkan soal kerjasama dengan BN. Dari segi logiknya, bagaimana hendak menjemput Bersatu sedangkan mereka telah mengumumkan mahu bertanding 25 kerusi menggunakan logo Bersatu,” katanya.

Takiyuddin turut memaklumkan beliau telah mengemukakan aduan balas kepada ROS berhubung mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 13 Julai lalu yang didakwa tidak memenuhi syarat kuorum.

Menurut beliau, aduan itu dibuat berdasarkan laporan empat Ahli Parlimen Bersatu yang juga anggota MPT parti berkenaan.

Katanya, mesyuarat MPT yang sepatutnya dihadiri 49 ahli hanya dihadiri 23 orang, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesahihan mesyuarat tersebut.

Beliau menambah siasatan ROS masih berjalan dan tidak menolak kemungkinan beberapa pemimpin lain termasuk Pengerusi PN akan dipanggil bagi membantu siasatan.

 

Must Watch Video

Advertisement