MELAKA: Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, Mohd Azrudin Md Idris berjanji akan menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda DUN itu dalam tempoh 100 hari jika diberi mandat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 Nov ini.
Calon berusia 40 tahun itu berkata beliau ada formula menyelesaikan masalah itu selaras dengan manifesto PN yang akan diumumkan tidak lama lagi yang merangkumi Pelan Pemulihan Banjir Melaka.
''Jika diberi mandat sebagai wakil rakyat di situ, saya boleh menyelesaikan masalah banjir dalam tempoh 100 hari. Ini janji saya kepada penduduk Pengkalan Batu yang selama ini bergelut dengan bencana tersebut saban tahun,'' katanya pada sidang media di Alai di sini pada Khamis.
Formula itu, katanya tidak sukar untuk dilaksanakan, namun tidak dijalankan oleh pihak yang mewakili kawasan tersebut.
''Bukan masalah sungai yang cetek. Hanya selenggara parit dan longkang yang tersumbat. Jadi kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, saling memaklumkan bagi memastikan saluran pengaliran air ke longkang lancar,'' katanya.
Sementara itu, Mohd Azrudin berkata beliau juga akan memberi tumpuan kepada masalah ruang tempat letak kenderaan di Hospital Melaka yang semakin padat menyebabkan orang ramai yang hendak mendapatkan rawatan di hospital itu terpaksa meletak kenderaan di tepi jalan sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.
''Sebelum ini terdapat cadangan untuk membina parkir bertingkat namun tiada tindakan susulan. Kita akan semak perkara ini dan akan ambil tindakan sewajarnya,'' katanya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi DUN Pengkalan Batu dimenangi Datuk Norhizam Hassan Baktee daripada DAP yang bertanding atas logo PKR dengan majoriti 2,756 undi menewaskan Chua Lian Chye (Barisan Nasional) dan Ramli Dalip (PAS).
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Perang' PRN Melaka sudah bermula
Mohd Azrudin bakal berdepan saingan lima penjuru menentang Norhizam (Bebas), Datuk Kalsom Noordin (BN), Muhamad Danish Zainudin (PH) dan Dr Alwi Sari (Parti Bumiputera Perkasa Malaysia).
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Melaka mempunyai 28 kawasan DUN dan pengundi berdaftar seramai 495,195 orang dengan 48.57 peratus pengundi lelaki manakala 51.43 peratus adalah wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Formula itu, kata Azrudin tidak sukar untuk dilaksanakan, namun tidak dijalankan oleh pihak yang mewakili kawasan tersebut. - Foto BERNAMA
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.