awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta

Fareez Azman
Fareez Azman
19/11/2021
08:56 MYT
PRN Melaka: Najib tolak tawaran hartanah RM100 juta
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusannya menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya.
MELAKA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan keputusannya menolak tawaran peruntukan tanah bernilai RM100 juta oleh kerajaan kepadanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Menurut bekas Perdana Menteri keenam itu, tindakan tersebut diambil selepas isu peruntukan berkenaan dijadikan modal politik oleh pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
"Jika rakyat tidak selesa… saya sudah memohon kediaman seperti dibenarkan Akta Kerajaan, saya boleh tarik permohonan pada tahun 2018 itu.
"Permohonan ini berdasarkan Akta Saraan Bekas Perdana Menteri 1980 yang mana akta tersebut telah diubah suai diperbaiki pada tahun 2003," kata Ahli Parlimen Pekan itu dalam sidang media di sini, pada Jumaat.
Kata Najib lagi, meskipun peruntukan itu belum diluluskan, namun, tegasnya, tindakan menolak itu dibuat kerana menyedari keadaan yang dihadapi rakyat selepas pandemik COVID-19.
"Oleh itu saya membuat keputusan utuk menolak tawaran tersebut, walaupun secara prinsipnya ia berdasarkan kelayakan semua bekas Perdana Menteri.
"Saya menyedari dan memahami ketika rakyat berdepan saat sukar ini, keutamaan negara adalah kepada rakyat," jelasnya lagi.
Dalam masa sama, Najib turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar meneliti semula peruntukan terbabit.
"Memandangkan isu ini telah cetuskan suasana tidak selsa, saya cadangkan kepada Perdana Menteri untuk melihat semua peruntukan kelayakan ini.
"Sekira perlu menarik semula peruntukan ini, semua bekas Perdana Menteri termasuk selepas saya. Bagi bekas Perdana Menteri yang telah terima tidak perlu kerajaan tarik balik peruntukan berkenaan," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#tolak tawaran hartanah RM100 juta
#PRN Melaka
#bekas perdana menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan