awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Pemuda Pas ambil pendekatan bersabar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
07/11/2021
00:50 MYT
PRN Melaka: Pemuda Pas ambil pendekatan bersabar
Fadhli berkata Pemuda Pas hanya membantu jentera PN pada PRN Melaka sepertimana yang diputuskan oleh pimpinan. - Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Dewan Pemuda Pas mengambil pendekatan bersabar dengan karenah UMNO kebelakangan ini.
Ini susulan keputusan UMNO membelakangi Pas dan meletakkan calon di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Menurut ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari, Pas melihat tindakan itu sebagai hak UMNO dalam sebuah negara demokrasi.
"Jadi dalam apa jua keadaan yang berlaku saya kira Pas boleh bersabar namun pada masa sama kita ingin berikan satu peringatan kepada mana-mana pihak bahawa kesilapan mengatur strategi akan memberi peluang kepada musuh berkuasa.
"Bagi saya, corak pemikiran begitu hanya mewakili sebahagian daripada pimpinan UMNO sendiri. Pengalaman kita dengan UMNO, mereka mempunyai pemikiran berbeza dan apa yang diterjemahkan di Melaka itu adalah memunjukkan UMNO ingin kembali berkuasa," katanya.
Beliau menjelaskan, UMNO mungkin menjadikan PRN Melaka sebagai medan ujian untuk mengukur tahap penerimaan rakyat kepada parti itu.
Namun bagi Pas, kekuatan dan strategi ditumpukan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) bagi memastikan Perikatan Nasional (PN) dapat mengekalkan kuasa.
Katanya, Pemuda Pas hanya membantu jentera PN pada PRN Melaka sepertimana yang diputuskan oleh pimpinan.
Topic Berkaitan
#Pemuda Pas
#UMNO
#PRN Melaka
#Ahmad Fadhli Shaari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan